Fahmi Reza dibenar Mahkamah Tinggi terus cabar pertuduhan

Source: FMT News

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bantahan timbalan pendakwa raya atas permohonan aktivis dan pelukis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 39, untuk membatalkan pertuduhan memuat naik gambar menyerupai perdana menteri di akaun Instagramnya, Januari lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menolak bantahan awal timbalan pendakwa raya, Ahmad Nazneen Zulkifli dengan sebab Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Fahmi untuk membatalkan pertuduhan.

Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Februari ini untuk mendengar penghujahan permohonan Fahmi untuk membatalkan pertuduhan itu. Read more