Bukan masa tepat untuk tubuh majlis perundingan, kata kumpulan sivil

Sumber: The Malaysian Insider

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan ke-2 (NCC2) sekarang bukanlah masa yang terbaik, kata kumpulan sivil dan turut menyuarakan kebimbangan berkenaan pelaksananya dalam situasi terkini.

Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun beliau mengalu-alukan cadangan Datuk Seri Nazir Razak itu, tetapi sekarang bukan masanya dan majlis berkenaan hanya akan mengekalkan status quo dengan penambahbaikan yang sedikit.

Bekas ketua di Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu berkata demikian susulan gesaan Nazir berhubung penubuhan NCC2 bagi memperbaiki masalah moral dan struktur negara.

Pengerusi kumpulan CIMB itu dalam posting di laman Instagram miliknya pada Sabtu menyuarakan rasa khuatir terhadap masa depan negara, dan mengaitkannya seperti drama popular Amerika Syarikat (AS) “Games of Throne”.

“Saya faham niat Nazir baik. Tapi Najib ialah perdana menteri yang mengalami defisit kepercayaan. Persoalannya siapa yang mahu menyertai jawatankuasa itu?

“Jadi, ia idea yang baik tetapi masanya silap kerana kedudukan Najib sekarang,” kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider. Read more