BERSIH 2.0 menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes penipuan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Pemerhati pilihan raya itu berkata, walaupun bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Hashim Abdullah bersara awal, siasatan komprehensif ke atas suruhanjaya lain dalam badan itu juga perlu dilihat.
“Kami menggesa RCI ditubuhkan bagi menyiasat penipuan pilihan raya dan kesalahan yang berlaku ketika PRU14, dan untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh pesuruhjaya dalam menyelesaikan isu ini atau tidak,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.
“RCI mesti dilengkapkan dalam tempoh enam bulan dari permulaannya.”
Bersih 2.0 turut menggesa enam lagi pesuruhjaya SPR untuk meletakkan jawatan.
“Bersih 2.0 menuntut enam pesuruhjaya untuk meletakkan jawatan mereka serta merta kerana kegagalan mereka menegakkan, mempertahankan dan melaksanakan hak demokrasi untuk mengundi dan juga mengamalkan pilihan raya, bersih, bebas dan adil,” menurut kenyataan itu. Read more