Hakim salah hukum perogol 110 sebatan, kata peguam

Sumber: FMT News

Undang-undang menyatakan perogol hanya boleh menerima maksimum 24 sebatan apabila disabitkan bagi 2 atau lebih kesalahan berlainan, kata Ramkarpal Singh.

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Sesyen bersalah apabila mengarahkan seorang lelaki disebat 110 kali bagi 12 pertuduhan penderaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 16 tahun, kata peguam, sambil menambah ia tidak diperuntukkan dalam undang-undang.

Ramkarpal Singh berkata Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) hanya membenarkan mahkamah mengenakan maksimum 24 sebatan bagi pesalah dewasa.

“Hakim menyalahgunakan undang-undang dalam memerintahkan tertuduh disebat 110 kali,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata Seksyen 288 (5) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan 24 sebatan boleh diperintahkan kepada orang dewasa dan 10 sebatan kepada pesalah muda apabila disabitkan dalam satu perbicaraan bagi 2 atau lebih bagi kesalahan yang berbeza. Read more