Kerajaan digesa lindungi IKS dengan pelaksanaan TPPA

Sumber: The Malaysian Insider

Bekas senator DAP Dr S Ramakrishnan berkata kerajaan perlu cari inisiatif lindungi industri kecil dan sederhana yang dikhuatiri akan terpinggir dengan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Disember, 2015.

Kerajaan perlu mencari inisiatif bagi melindungi industri kecil dan sederhana (IKS) yang dikhuatiri akan terpinggir dengan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kelak, kata bekas senator DAP Dr S Ramakrishnan.

Profesor kewangan dan perakaunan itu berkata, keadaan sebaliknya berlaku terhadap syarikat multinasional (MNC) yang mempunyai kelebihan dengan pelaksanaan TPPA apabila perlindungan terhadap IKS seperti tarif dihapuskan.

“Bagaimanakah kerajaan boleh membantu? Pada masa ini kerajaan sebenarnya tidak banyak membantu. IKS kini bersendirian.

“Satu cara kerajaan boleh membantu adalah dengan membantu mereka meningkatkan pengeluaran serta kepakaran.

“Jika kerajaan tidak membantu, banyak IKS ini akan lenyap,” katanya pada forum ‘TPPA: Bagaimana ia akan memberi kesan kepada komuniti perniagaan?’ malam tadi. Read more