Rasuah: SPRM tahan pegawai kanan tentera

Source: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Seorang pegawai kanan tentera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki terlibat rasuah.

Sumber SPRM memberitahu , suspek berusia 57 tahun yang berpangkat Leftenan Kolonel itu ditahan di Pejabat SPRM Temerloh pada 2.30 petang hari ini selepas hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes melibatkan dirinya.

“Suspek yang bertanggungjawab menyelia kontraktor, memantau proses kerja, mengesahkan spesifikasi piawaian dan memperakukan tuntutan kerja oleh kontraktor di Zon Timur dipercayai menerima suapan daripada kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya dengan isteri suspek merupakan pengarah syarikat berkenaan,” katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

“Saya mengesahkan penahanan suspek pada hari ini dan akan ada beberapa tangkapan lagi dibuat berhubung siasatan kes ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.-BERNAMA

SPRM tahan 2 pegawai agama Johor disyaki rasuah

Sumber: FMT News 

macc-johor

Mereka yang ditahan adalah ketua penolong pengarah dan penolong pegawai Bahagian Undang-undang Syariah. – Gambar diambil dari FMT News

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan 2 pegawai kanan Jabatan Agama Islam Negeri (JAINJ) kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Seorang daripadanya ialah ketua penolong pengarah dan seorang lagi penolong pegawai Bahagian Undang-undang Syariah.

Kedua-dua lelaki berusia 55 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 4.30 petang ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan dijalankan ke atas mereka. Read more