Tun Hamid: Rukun Negara tak wajar jadi mukadimah Perlembagaan

Sumber: FMT News

Bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata mukadimah digubal pakar perundangan dengan tujuan untuk menjadikannya mukadimah kepada Perlembagaan. Rukun Negara tidak semestinya digubal pakar perundangan dan ia untuk tujuan politik negara.

Bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata mukadimah digubal pakar perundangan dengan tujuan untuk menjadikannya mukadimah kepada Perlembagaan. Rukun Negara tidak semestinya digubal pakar perundangan dan ia untuk tujuan politik negara.

KUALA LUMPUR: Rukun Negara diwujudkan atas sebab keadaan politik negara justeru tidak sesuai dijadikan mukadimah Perlembagaan Persekutuan, kata bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Beliau menyuarakan kebimbangan jika Rukun Negara dijadikan mukadimah yang mempunyai kuasa undang-undang dan hakim perlu menggunakannya untuk mentafsir perlembagaan, ia berisiko mewujudkan penghakiman yang bertentangan dengan peruntukan sedia ada.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas Sidang Meja Bulat Perkasa: Rukun Negara Dijadikan Mukadimah Perlembagaan Persekutuan? yang dibacakan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, hari ini.

Program itu susulan kempen sekumpulan aktivis melalui gerakan Rukunegara sebagai Mukadimah Perlembagaan agar Rukun Negara dijadikan mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan.

Gerakan itu akan mendapatkan sokongan tokoh-tokoh ternama dan orang ramai sebelum dibawa kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Mukadimah adalah kenyataan pengenalan yang menyatakan prinsip dan panduan bagi perlembagaan sesebuah negara. Perlembagaan Persekutan Malaysia tidak memiliki mukadimah.

“Mukadimah digubal pakar perundangan dengan tujuan untuk menjadikannya mukadimah kepada Perlembagaan.

Rukun Negara tidak semestinya digubal pakar perundangan dan ia untuk tujuan politik negara, bagaimana hendak dijadikan mukadimah?” kata Abdul Hamid.

Rukun Negara mempunyai 5 prinsip diperkenalkan susulan peristiwa 13 Mei 1969 iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Read more