SHAH ALAM – Tindakan Amerika Syarikat (AS) memulakan siasatan jenayah terhadap wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan, isu itu di tahap lebih serius.
Peguam dan pakar undang-undang, Syahredzan Johan berkata, berkemungkinan AS menemui dokumen baharu yang diyakini bukti kukuh untuk dikemukakan di mahkamah jenayah.
“Tindakan ini membuktikan AS serius menangani isu 1MDB. Kalau kita lihat, tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman) AS memfailkan saman sivil sebelum ini juga disifatkan antara tindakan terbesar DOJ dalam isu ini.
“Mungkin mereka mendapat bukti yang dirasakan cukup kukuh untuk dikemukakan di mahkamah jenayah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, siasatan jenayah itu dilihat sebagai satu tindakan lebih serius berbanding saman sivil yang dikenakan atas 1MDB. Read more