
Perkembangan positif kehadiran pelajar SK Tohoi menunjukkan masyarakat Orang Asli secara beransur-ansur makin pulih daripada trauma insiden kehilangan murid Orang Asli Ogos lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016.
Kehadiran lebih ramai murid Orang Asli ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi menunjukkan perkembangan positif dengan purata kehadiran sekitar 115 orang sehari berbanding 101 pada minggu pertama persekolahan.
Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang Muhammad Zahari Othman berkata peningkatan itu disebabkan pelbagai faktor termasuk kesedaran ibu bapa dan murid, selain keadaan cuaca dan usaha berterusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
“Setakat ini peratus kehadiran pelajar adalah antara 55 hingga 58% setiap hari dan ia adalah keadaan biasa seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di Kota Baru, hari ini. Read more