
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nancy Shukry tidak menjawab pertanyaan penahanan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang Wen Chieh mengikut Sosma walaupun berkali-kali didesak ahli Parlimen pembangkang semasa sesi penggulungan Bajet 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.
Putrajaya hari ini enggan menjawab tindakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang digunakan untuk menahan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nancy Shukry tidak menjawab pertanyaan tersebut walaupun berkali-kali didesak ahli Parlimen pembangkang semasa sesi penggulungan Bajet 2016.
Tindakan Nancy tersebut menimbulkan kekecohan dalam dewan apabila Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam.
Gobind mempertikaikan tindakan Nancy yang enggan menjawab soalan berkaitan dengan Sosma walaupun pada awalnya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuruh beliau bertanya soalan tersebut kepada Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan hal ehwal undang-undang. Read more