Putrajaya enggan jawab dakwaan beli teknologi untuk risik rakyat

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2015/11/04/putrajaya-enggan-jawab-dakwaan-beli-teknologi-untuk-risik-rakyat/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Putrajaya tidak menjawab sama ada sudah membeli satu alat teknologi daripada “Hacking Team” untuk merisik rakyat sendiri dengan mengatakan data peribadi dan kerahsiaan rakyat sentiasa terjaga.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengatakan kerajaan sentiasa mempertahankan dan menjamin hak rakyat Malaysia terpelihara.

“Di Malaysia, data peribadi dan kerahsiaan rakyat dilindungi supaya tidak disalahgunakan.

“Tindakan tegas akan diambil melalui undang-undang sedia ada bagi menjamin hak rakyat Malaysia sentiasa terpelihara,” kata jawapan bertulis beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Salleh bagaimanapun memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memantau serangan siber.

“SKMM melalui Pusat Keselamatan Rangkaian atau SKMM Network Security Center (SNSC) juga bertindak memantau serangan siber.

“SNSC juga bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain termasuk Majlis Keselamatan Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan GCERT dalam menjaga keselamatan siber negara. – 4 November, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris