Keluarga warga Sarawak gesa Putrajaya pastikan banduan di Singapura terus hidup

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2015/11/06/keluarga-warga-sarawak-gesa-putrajaya-pastikan-banduan-di-singapura-terus-hidup/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Ahli keluarga Kho Jabing yang ketika ini menunggu hukuman mati di penjara Singapura, atas tuduhan membunuh, menyatakan kekecewaan terhadap “sikap acuh tidak acuh” Putrajaya berkenaan situasi hidup dan mati warga peribumi Sarawak

Ahli keluarga Kho Jabing yang ketika ini menunggu hukuman mati di penjara Singapura, atas tuduhan membunuh, menyatakan kekecewaan terhadap “sikap acuh tidak acuh” Putrajaya berkenaan situasi hidup dan mati warga peribumi Sarawak itu.

Jabing, 31, dijadualkan menjalani hukuman gantung pada waktu subuh hari ini tetapi mendapat kejutan semalam apabila pelaksanaannya ditangguhkan selepas Mahkamah Rayuan Singapura memberikan masa kepada peguamnya memfailkan usul jenayah bagi kes itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan dari hati saya kepada kumpulan pejuang hak Singapura, We Believe in Second Chances, dan peguam kerana jika tidak kerana mereka, abang saya pasti digantung esok (Jumaat),” kata Jumai, adik Jabing, dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider lewat semalam.

“Tetapi saya juga ingin menyatakan kekecewaan dan kekesalan amat sangat kerana sikap acuh tidak acuh yang ditunjukkan kerajaan Malaysia terhadap kes abang saya,” katanya.

Jumai berkata, kerajaan negeri Sarawak pada minggu lalu menghantar surat kepada keluarganya menyatakan mereka setuju menampung kos membawa mayat Jabing ke rumah serta kos pengebumiannya.

Katanya, tindakan itu bukan mendatangkan kelegaan, tetapi dianggap amat tidak sensitif terhadap usaha keluarga itu untuk memastikan Jabing terus hidup.

“Untuk apa? Mengapa mereka merancang persiapan untuk kematiannya apabila dia masih hidup?,” tanya Jumai yang jelas kecewa ketika bercakap di luar sebuah hotel di Sultan Street, Singapura di mana dia dan ibunya yang berusia 54 tahun menginap sejak tiba di negara itu minggu lalu.

Kos tambang kapal terbang mereka, caj yang dikenakan hotel serta elaun makanan harian semuanya ditanggung We Believe in Second Chances, katanya. – 6 November, 2015.

MENYUSUL LAGI

 

Pautan Artikel-artikel berkenaan dan Bahasa Inggeris