Mampukah AEC bawa kemakmuran masyarakat serantau, atau berasaskan keuntungan?

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2015/11/23/mampukah-aec-bawa-kemakmuran-masyarakat-serantau-atau-berasaskan-keuntungan/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Komuniti Ekonomi Asean pada dasarnya mahu menjadikan rantau ini sebagai satu blok ekonomi tanpa sempadan sama seperti Kesatuan Eropah tetapi tanpa mata wang sendiri dengan frasa rasminya ialah "Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti".

Komuniti Ekonomi Asean pada dasarnya mahu menjadikan rantau ini sebagai satu blok ekonomi tanpa sempadan sama seperti Kesatuan Eropah tetapi tanpa mata wang sendiri dengan frasa rasminya ialah “Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti”.

Jerebu yang terus menerus melanda rantau Asean adalah simbol dan ujian sama ada Komuniti Ekonomi Asean (AEC) mampu melunaskan janji membawa kemakmuran kepada 625 juta rakyatnya.

Contoh jerebu digunakan Jerald Joseph, seorang pemimpin masyarakat sivil Malaysia, ketika bercakap tentang bagaimana perasaan Forum Rakyat Asean (APF) tentang AEC.

Joseph merupakan penganjur bersama sidang kemuncak APF 2015 di Malaysia April lalu, yang dihadiri pertubuhan masyarakat sivil terbesar Asean.

Ia merupakan simbol kerana jerebu adalah produk sampingan daripada apa AEC mahu lakukan tetapi pada skala lebih besar – untuk memberikan kebebasan perniagaan Asean dan kemudahan membuka kedai di mana-mana 10 negara anggota bagi mengambil kesempatan daripada buruh murah dan sumber yang belum diterokai.

Ia ujian kerana setakat ini, Asean gagal memastikan syarikat tidak mengaut keuntungan dengan mengorbankan orang lain. Kemakmuran yang sedang dihasilkan menerusi jerebu ialah keuntungan dikaut pemilik ladang kelapa sawit sementara orang lain menderita akibatnya.

Jadi susulan pengumuman pemimpin politik dan ahli perniagaan Asean semalam mengenai kelahirannya, pengkritik dan kumpulan masyarakat sivil memberi amaran seperti jerebu, AEC boleh berakhir hanya memberi manfaat kepada golongan elit di rantau ini bukannya orang ramai.

Satu komuniti

AEC pada dasarnya mahu menjadikan rantau ini sebagai satu blok ekonomi tanpa sempadan sama seperti Kesatuan Eropah tetapi tanpa mata wang sendiri. Frasa rasminya ialah “Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti”.

Ini akan meneroka pasaran besar pengguna dan perniagaan serantau dan menurut laporan Reuters, ini akan menjadikan AEC sebagai sebuah blok, ekonomi ke-7 terbesar di dunia.

Jerebu yang terus menerus melanda rantau Asean adalah simbol dan ujian sama ada Komuniti Ekonomi Asean (AEC) mampu melunaskan janji membawa kemakmuran kepada 625 juta rakyatnya. – Gambar fail Reuters, 23 November, 2015.

Jerebu yang terus menerus melanda rantau Asean adalah simbol dan ujian sama ada Komuniti Ekonomi Asean (AEC) mampu melunaskan janji membawa kemakmuran kepada 625 juta rakyatnya. – Gambar fail Reuters, 23 November, 2015.

Pemimpin politik dan perniagaan akan memandu AEC dengan mendakwa kekayaan yang dijana diharapkan bersifat “mesra rakyat”. Pekerja separa mahir dan mahir, wang dan perniagaan boleh bergerak di antara setiap negara seolah-olah ia berada berdekatan dengan rumah mereka.

Negara anggota juga sudah berjanji untuk mengintegrasikan kawasan ekonomi mereka, memperbaiki pengangkutan, jaringan perbankan dan komunikasi serta meningkatkan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan.

Ini akan dilakukan dengan melupuskan apa-apa tarif dan halangan sedia ada seperti duti, cukai dan visa.

Menurut N Gopal Kishnam daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), AEC akan membolehkan pekerja separa mahir juga bergerak untuk peluang pekerjaan.

Piawaian profesional akan diselaraskan seperti perakaunan, kejuruteraan dan seni bina di kalangan semua negara anggota.

Menurut N Gopal Kishnam daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), AEC akan membolehkan pekerja separa mahir juga bergerak untuk peluang pekerjaan.

Sebagai contoh, seorang penyelia kilang atau seorang kapten hotel kini boleh dengan mudah bergerak dari satu negara ke negara lain untuk mencari pekerjaan tanpa perlu proses visa yang rumit, kata Gopal. Atau firma nasional yang besar boleh membuka pejabat cawangan di negara Asean dengan beberapa kelonggaran diberikan.

Kebebasan tanpa perlindungan

Ini kelihatan agak baik pada permukaan tetapi menurut APF, kebebasan ini tidak datang dengan perlindungan mencukupi untuk pekerja atau komuniti yang terjejas disebabkan perniagaan.

“Liberalisasi pasaran buruh meningkatkan bilangan pekerjaan tidak menentu dan akan terus memberi kesan buruk kepada hak-hak pekerja, terutama wanita, penduduk tempatan dan pendatang,” menurut satu kenyataan APF mengenai AEC, April lalu.

Gopal berkata, MTUC menjadi payung kesatuan sekerja sektor swasta Malaysia dan kekurangan peraturan bagi gaji minimum, waktu kerja dan rundingan secara kolektif akan menurunkan prestasi kerja di mana-mana saja.

Sebagai contoh, ketika ringgit masih bernilai tinggi berbanding negara jiran Asean lain, Malaysia akan tetap menjadi penarik minat kepada graduan muda dalam bidang perakaunan, perbankan dan perniagaan dari rantau ini.

“Oleh kerana pekerja ini akan bersedia bekerja dengan gaji kurang berbanding rakyat Malaysia, namun ia akan menindas upah semua orang di Malaysia.

“Jadi graduan Malaysia mungkin perlu pergi ke luar negara untuk mencari pekerjaan,” kata Gopal, yang juga terlibat dalam sidang kemuncak APF di Kuala Lumpur, April lepas.

Rakyat atau berasaskan keuntungan?

Joseph berkata, AEC mempunyai banyak kelemahan daripada segi peraturan dan mekanisme bagi memastikan pelaburan dan perniagaan dilakukan dengan bertanggungjawab dan telus serta tiada rasuah.

JERALD_JOSEPH_210415_TMISETH_01

Pemimpin masyarakat sivil Malaysia, Jerald Joseph berkata jerebu adalah produk sampingan daripada apa AEC mahu lakukan tetapi pada skala lebih besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2015.

“Tiada mekanisme tadbir urus bagi masyarakat untuk mendapatkan pembelaan, tiada langkah memastikan mahkamah di semua negara bebas dan boleh dipercayai apabila ada masalah,” kata Joseph.

APF menyatakan kekurangan perlindungan akan mengakibatkan lebih banyak sumber dan tanah, terutamanya yang dimiliki kumpulan peribumi dijarah atas nama pembangunan negara.

Joseph berkata, jerebu merupakan contoh terbaik baik kepada perkara itu di mana syarikat kelapa sawit asing dan peladang kecil tempatan dengan rakus menebang dan membakar kawasan luas ekologi sensitif di Indonesia.

“Anda mempunyai semua syarikat besar yang akan masuk dan mengeksploitasi tanah untuk keuntungan tanpa perlu mengikut piawaian minimum alam sekitar.”

Walaupun pesalah dikenal pasti, namun sukar untuk mendakwa mereka biarpun jerebu adalah masalah kesihatan serantau terbesar, kata Joseph, yang juga pengarah eksekutif Dignity International.

Adakah masalah jerebu dapat diselesaikan, dan adakah syarikat terbabit akan dikenakan hukuman atau tidak, akan menjadi satu ujian besar sama ada AEC boleh menunaikan janji mereka untuk membawa kemakmuran kepada Asean.

“Dalam fikiran mereka, pemimpin Asean berfikir aliran bebas pelaburan akan mempunyai kesan rendah, yang akan membantu semua masyarakat.”

Tetapi tanpa peraturan, institusi kukuh, pendemokrasian dan jika rasuah masih wujud, Joseph berkata, ia mendatangkan bahaya yang buruk di mana semua kroni kapitalisme di kebanyakan negara Asean akan berkembang pada skala lebih besar. – 23 November, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris