Anugerah kebebasan media kepada Zunar bukti Malaysia perlu perubahan

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2015/11/25/anugerah-kebebasan-media-kepada-zunar-bukti-malaysia-perlu-perubahan/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Kartunis Amerika Syarikat, pemenang anugerah Pulitzer Matt Wuerker (kiri) bersama Zunar di luar Kedutaan Malaysia di Washington DC. – Gambar ihsan Kean Wong, 25 November, 2015.

Bagi kartunis Zunar yang sering mengembara antara London, Cambridge, Kuala Lumpur, Sydney, Washington DC dan New York, beliau percaya reputasinya sebagai aktivis pencetus kemarahan, sering melakar tanah air kita dalam hitam dan putih, percikan warna hanya untuk menyerlahkan perbezaannya dengan kerajaan pemerintah Barisan Nasional.

Di sebalik penampilan reputasinya yang menakutkan hingga menyebabkan beliau mendapat 9 pertuduhan kerana menghasut dan kemungkinan 43 tahun dalam penjara, Zulkifli Anwar Haque ialah seorang yang santun dan lucu, bertentangan dengan cara menteri Malaysia.

Sama seperti kartun satiranya yang sering menggambarkan kepincangan negara, simetri penjahat merampas hak rakyat, minggu lalu memaparkan keseimbangan senario sama apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama teruja hadir ke Kuala Lumpur sementara Zunar mendesak perubahan Malaysia dengan segera di hadapan Kaukus Hak Asasi Manusia Senat AS di Washington DC dan Misi US ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Zunar dalam ucapannya malam tadi selepas menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa 2015 daripada Committee to Protect Journalists (CPJ) di New York, berkata:”Kerajaan Malaysia ialah kerajaan kartun – kerajaan kartun, oleh kartun, untuk kartun.”

“Kerana meminta orang ramai ketawakan kerajaan, saya digari, ditahan, dihumban dalam penjara,” katanya dalam ucapannya itu.

“Tapi saya terus ketawa dan menggalakkan orang ketawa bersama saya. Kenapa? Kerana ketawa ialah satu bentuk protes terbaik. Misi saya ialah untuk berjuang menerusi kartun.

“Kenapa cubit bila anda boleh tumbuk? Rakyat perlu tahu kebenarannya dan saya akan terus berjuang menerusi kartun saya. Saya mahu beri pesanan jelas kepada penceroboh itu – mereka boleh haramkan kartun saya, buku saya, tetapi tidak minda saya,” katanya.

Di Sydney pada minggu sebelumnya, Zunar bercakap kepada sekumpulan besar rakyat Malaysia dan Australia di Parlimen bagaimana skandal rasuah menggoncang Malaysia menahan karikatur dan satiranya.

Meskipun beliau bertegas Malaysia kini menjadi “kartunation”, “diuruskan oleh kartun untuk kartun”, ramai rakyat Malaysia bersetuju dengan bahagian akhir itu, lebih suka mereka dipinggirkan daripada gurauan melankoli yang semakin bertambah.

Di Washington DC beberapa hari lalu, Zunar menghabiskan masa bersama rakannya dan peminat di pusat komuniti kartun politik Amerika, seperti Politico, pemenang anugerah Pulitzer, kartunis Matt Wuerker.

Sementara Obama dengan jelas menyatakan peranan utama Malaysia (dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dalam rancangan Amerika menangani kebangkitan China menempatkan dirinya merentasi wilayah – di mana ada sebahagian di Washington bersetuju ia adalah “kejayaan cemerlang” di kalangan orang muda di Manila dan Kuala Lumpur, terima kasih juga kepada kisah Obama dengan kehidupan kanak-kananya di Indonesia – Zunar pula di bahagian dunia lain berdegil terus membiarkan langsir pentas sedikit terbuka, untuk menunjukkan apa kartunis yang berdepan dengan tuduhan boleh buat di peringkat atasan.

Seperti kebanyakan rakyat AS yang mengikuti penindasan hak asasi manusia di Malaysia, butiran terperinci dalam laporan HRW bulan lalu “Mencipta budaya ketakutan: Jenayah bersuara dengan aman di Malaysia”, Wuerker tidak gembira.

“Sedihnya, kes Zunar tidak mengejutkan saya,” katanya, menjelang ketibaan Zunar di Washington.

“Ia respons biasa kepada kartun dan satira di kebanyakan tempat di dunia hari ini. Dalam satu segi, ia pujian kepada kartunis yang mudah marah seperti Zunar. Ia hanya menunjukkan kuasa dan keberkesanan kerja mereka.

“Pada masa sama respons kerajaan yang menggunakan ancaman, tindakan saman dan bentuk gangguan lain untuk cuba mendiamkan hanya menunjukkan kelemahan dan kerapuhan pegangan kuasa mereka.

“Kerajaan yang kuat, popular dan menikmati sokongan rakyat mereka tidak takut apa pun daripada sedikit usikan dan kartun. Ya, saya beruntung kerana hidup di bahagian dunia di mana orangnya boleh terima lawak jenaka.”

Untuk rakyat Malaysia seperti Zunar yang berdepan hukuman penjara – yang merempuh segala macam halangan dan ketidakpedulian tentang Malaysia di pusat kuasa besar seperti Washington dengan hanya menggunakan lukisan satira mengenai negara bermasalah dan lawak jenaka kasar – bukan perkara mudah. – 25 November, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris