Kumpulan penentang dakwa kedaulatan Malaysia tergadai dengan TPPA

Sumber: The Malaysian Insider

Pengerusi Bantah TPPA Nizam Mahshar berkata, kedaulatan negara dalam bahaya jika Putrajaya meneruskan juga Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). – Gambar The Malaysian Insider Afif Abd Halim, 30 November, 2015.

Bantah TPPA menyifatkan perlindungan yang diberikan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih tidak mencukupi dan hanya lebih menjaga kepentingan pelabur asing.

Pengerusi Bantah TPPA Nizam Mahshar berkata, kedaulatan negara dalam bahaya jika Putrajaya meneruskan juga perjanjian kontroversi itu.

“Kita akan letak negara tidak dapat mempertahankan undang-undang sendiri dan kedaulatan kita direndahkan,” kata Nizam semasa sesi pembentangan mengenai Bab Pelaburan dalam TPPA di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sesi pembentangan hari ini, Bantah TPPA mendedahkan beberapa kelemahan terdapat dalam Bab Pelaburan yang sudah selesai dibincangkan antara kerajaan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS).

Kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti itu bakal memberi implikasi teruk pada masa depan di mana kerajaan bakal berdepan tindakan diheret ke tribunal Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara (ISDS) jika melanggar syarat dalam TPPA. Read more