Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat cadang pindaan kepada Akta Kanak-kanak 2001 selaras dengan perkembangan isu semasa, selepas 13 tahun akta itu dilaksanakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Disember, 2015.
Putrajaya membentangkan pemansuhan hukuman sebatan kepada kanak-kanak melakukan kesalahan jenayah yang dilaksanakan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) dimansuhkan dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim pada sidang media di Parlimen hari ini berkata, selain itu, pindaan berkenaan turut memasukkan Perintah Khidmat Masyarakat (CSO) diperkenalkan untuk dilaksanakan kanak-kanak yang ada konflik dengan undang-undang (kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah) dan pesalah dewasa (ibu bapa/penjaga) yang mendera atau mengabaikan kanak-kanak.
“Setelah 13 tahun Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dilaksanakan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan pindaan kepada akta tersebut dengan mengambilkira isu-isu semasa yang berkaitan dengan kanak-kanak seperti peningkatan kes kecuaian ibu bapa dalam penjagaan kanak-kanak,” katanya. Read more