
An abandoned human trafficking camp at Wang Kelian, Perlis. – The Malaysian Insider file pic, June 17, 2015.
Malaysia tidak akan berdiam diri ketika jenayah pemerdagangan manusia terus menjejaskan usaha dalam menegakkan hak asasi manusia dan menghormati kedaulatan undang-undang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata Malaysia sentiasa komited dengan rakan-rakannya dalam usaha memerangi pemerdagangan manusia dan akan terus menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membanteras jenayah itu.
“Gesaan segera sekarang ialah bagi kerajaan-kerajaan untuk menyedari dan mengakui mekanisme dan kawalan ke atas pemerdagangan manusia (yang menjadi masalah) global, jika adapun, adalah tidak mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Asean dan Inisiatif Koordinasi Mekong Memerangi Pemerdagangan (Commit): Mengenal Pasti Mangsa Pemerdagangan Manusia dan Jenis-jenis Eksploitasi Berkaitan, di Kuala Lumpur hari ini. Read more