
Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2015.
Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini.
Bercakap kepada hadirin sebuah forum, beliau menggesa hakim-hakim agar berani mempertahankan kebebasan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.
“Apa yang hakim mahukan? Mereka mahu dihormati atau dipandang enteng warganegara?
“Benar mereka perlu berhadapan eksekutif yang amat berkuasa, berkuasa melantik, menaikkan pangkat malah memecat hakim dalam kes tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan hadirin tentang cara melindungi hakim daripada dimangsakan dalam sistem sekarang.
Menurut Hishamudin, situasi itu tidak patut menjadi alasan buat hakim untuk tidak mempertahankan kebebasan mereka.
“Orang yang suka menurut perintah tidak patut menerima lantikan menjadi hakim.
“Kehakiman adalah kepercayaan awam dan ia jangan sama sekali dikhianati,” katanya. Read more