Hakim mesti berani, jangan gentar bersikap bebas, kata bekas hakim

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2015/12/19/hakim-mesti-berani-jangan-gentar-bersikap-bebas-kata-bekas-hakim/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2015.

Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Disember, 2015.

Jawatan seorang hakim melibatkan kepercayaan orang awam dan amanah itu jangan sesekali dikhianati, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus hari ini.

Bercakap kepada hadirin sebuah forum, beliau menggesa hakim-hakim agar berani mempertahankan kebebasan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Apa yang hakim mahukan? Mereka mahu dihormati atau dipandang enteng warganegara?

“Benar mereka perlu berhadapan eksekutif yang amat berkuasa, berkuasa melantik, menaikkan pangkat malah memecat hakim dalam kes tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan hadirin tentang cara melindungi hakim daripada dimangsakan dalam sistem sekarang.

Menurut Hishamudin, situasi itu tidak patut menjadi alasan buat hakim untuk tidak mempertahankan kebebasan mereka.

“Orang yang suka menurut perintah tidak patut menerima lantikan menjadi hakim.

“Kehakiman adalah kepercayaan awam dan ia jangan sama sekali dikhianati,” katanya.

Katanya lagi, risiko sentiasa ada dalam melaksanakan tanggungjawab itu namun ia tidak perlu mengekang hakim daripada menunaikan tanggungjawabnya.

“Kita menyaksikan ketidakadilan eksekutif terhadap hakim yang bebas.

“Namun, eksekutif yang kejam tidak akan pernah mampu melemahkan semangat kehakiman dengan memangsakan hakim,” katanya.

Beliau bercakap pada forum “Hala tuju Perlembagaan Persekutuan – Adakah hak asas dan minoriti penting?” anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini. – 19 Disember, 2015.

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris