Najib tidak serius perangi rasuah, kata Transparency International

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2016/01/27/najib-tidak-serius-perangi-rasuah-kata-transparency-international/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

Datuk Akbar Satar berkata sepanjang tempoh 6 tahun menjadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memenuhi janji untuk memerangi rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2016.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak serius dalam memerangi rasuah walaupun sering berjanji berbuat demikian, kata Transparency International (TI).

Presiden TI Malaysia Datuk Akbar Satar berkata, Najib tidak mengotakan janji tentang usaha memerangi rasuah apatah lagi janji-janji lainnya sepanjang tempoh 6 tahun menjadi perdana menteri.

Ini katanya, termasuk cadangan mewujudkan undang-undang untuk membuat syarikat bertanggungjawab ke atas pekerja yang korup dan pengisytiharan aset ahli-ahli politik kepada awam.

Pentadbiran Najib juga berkali-kali mengabaikan permintaan daripada kumpulan-kumpulan anti rasuah untuk menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih bebas.

“Beliau tidak serius dalam memerangi rasuah, tidak kotakan janjinya. Beliau membuat beberapa janji dalam ucapan masa lalu tetapi tidak melaksanakannya, ” kata Akhbar pada sidang media bagi mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2015 di Kuala Lumpur hari ini. – 27 Januari, 2016.

MENYUSUL LAGI

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris