Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Seri Ambiga Sreenevasan berkata, langkah meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dilihat sama seperti apa yang akan dilakukan rejim yang menindas bagi menyembunyikan maklumat membabitkan mereka yang berkuasa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016.
Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Seri Ambiga Sreenevasan hari ini mengingatkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tugasnya bukan untuk melindungi mereka yang berkuasa.
Ia susulan peguam negara itu semalam memberi amaran undang-undang yang lebih keras di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) akan dikenakan terhadap mereka yang membocorkan rahsia rasmi.
Ambiga berkata, langkah itu dilihat sama seperti apa yang akan dilakukan rejim yang menindas bagi menyembunyikan maklumat membabitkan mereka yang berkuasa.
“Ini bukan tentang melindungi keselamatan maklumat sensitif tetapi tentang tidak membenarkan kebenaran muncul mengenai rasuah dan salah guna kuasa melibatkan mereka yang memegang kuasa di peringkat yang tinggi.
“Sebarang pindaan yang sebegitu akan menjadikan kita diktator yang sebenarnya,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider. Read more