Hanya Mahkamah Tinggi boleh beri remedi kepada pasangan selepas tukar agama

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2016/02/15/hanya-mahkamah-tinggi-boleh-beri-remedi-kepada-pasangan-selepas-tukar-agama/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

A picture of the Kuala Lumpur High Court in this picture dated February 5, 2015. The Federal Court ruled in the S. Deepa v. Izwan Abdullah interfaith custody case that only the High Court can give remedy to spouse even if the partner converted. – The Malaysian Insider file pic, February 15, 2016.

A picture of the Kuala Lumpur High Court in this picture dated February 5, 2015. The Federal Court ruled in the S. Deepa v. Izwan Abdullah interfaith custody case that only the High Court can give remedy to spouse even if the partner converted. – The Malaysian Insider file pic, February 15, 2016.

Pindaan 1988 kepada Mahkamah Persekutuan untuk menghentikan mahkamah sivil daripada campur tangan dalam hal ehwal Mahkamah Syariah tidak termasuk Mahkamah Tinggi daripada memberikan remedi kepada individu jika pasangannya menukar agama kepada Islam, kata Mahkamah Persekutuan menerusi penghakimannya minggu lalu dalam perbalahan hak penjagaan anak berbeza agama.

Hakim Tan Sri Raus Sharif berkata, dalam kes itu, bekas suami (Izwan Abdullah) dan bekas isteri (S Deepa) beragama Hindu ketika berkahwin.

“Dengan mengenakan perkahwinan sivil di bawah Akta Memperharui Undang-undang (LRA) 1976, mereka terikat dengan peruntukan berkaitan perceraian dan hak jagaan anak daripada perkahwinan itu.

“Perkara di bawah LRA berada dalam bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah sivil terus mempunyai bidang kuasa terhadap mereka, walaupun bekas suami memeluk agama Islam,” katanya mengesahkan prinsip undang-undang yang dibuat dalam kes terdahulu.

Raus berkata, perbalahan antara Izwan (N Viran) dan Deepa bukan perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

“Ini disusuli dengan Artikel 121(1A) yang mengeluarkan bidang kuasa mahkamah sivil mengenai mana-mana perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak beroperasi untuk menafikan bidang kuasa mahkamah sivil bagi perkara dalam seksyen 51 LRA.

“Sudah jelas Artikel 121 (1A) diperkenalkan bukan bertujuan mengetepikan bidang kuasa mahkamah sivil. Ia diperkenalkan untuk mengelak sebarang konflik antara keputusan Mahkamah Syariah dan sivil yang banyak berlaku dalam kes sebelum ini,” kata Raus dalam penghakimannya yang dikeluarkan hari ini.

Raus berkata, LRA terus mengikat Izwan meskipun selepas pertukaran agama kepada Islam kerana Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa berhubung permohonan bekas suami untuk membubarkan perkahwinan sivilnya dengan Deepa pada 2003.

“Mahkamah Syariah juga tidak ada bidang kuasa terhadap hak penjagaan anak yang lahir daripada mahkamah sivil di bawah LRA. Mahkamah Syariah hanya berbidang kuasa dalam perkara berkaitan perceraian dan hak jagaan anak apabila ia membabitkan perkahwinan Islam, akad nikah mengikut undang-undang Islam,” katanya.

Raus berkata, apabila salah seorang bukan Islam, Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa terhadap kes itu walaupun perkara itu jatuh dalam bidang kuasa mereka.

Katanya, penting bagi mahkamah sivil dan syariah untuk tidak melampai batas antara bidang kuasa masing-masing.

Raus dalam kes itu berkata, hakim Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan pembubaran perkahwinan sivil mengikut Seksyen 46 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Raus berkata, hakim mahkamah agama juga perlu merujuk kepada seksyen 4 dan seksyen 45 enakmen itu dan perlu sedar mahkamah syariah tidak ada bidang kuasa melayan permohonan Izwan untuk membubarkan perkahwinan.

Izwan memeluk Islam pada 26 Disember, 2012 di  Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Negeri Sembilan dan pada bulan berikutnya mendaftarkan pertukaran agama 2 anaknya, Shamila (Nurul Nabila), kini 11 tahun dan Mithran (Nabil), 8.

Beliau kemudian memohon untuk pembubaran perkahwinan sivilnya kepada deepa yang kemudiannya dibenarkan pada 15 Mei, 2013. – 15 Februari, 2016.

 

Pautan Artikel-artikel Berkenaan & Bahasa Inggeris