Program penggajian semula gagal selesai masalah pekerja asing tidak sah, kata Tenaganita

Sumber: The Malaysian Insider

Diskriminasi, kekurangan visi dan rasuah sebab Putrajaya terus bergelut dengan pekerja asing tanpa izin walaupun program pengampunan dijalankan 2 tahun lalu, kata kumpulan hak asasi pendatang Tenaganita. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016.

Diskriminasi, kekurangan visi dan rasuah sebab Putrajaya terus bergelut dengan pekerja asing tanpa izin walaupun program pengampunan dijalankan 2 tahun lalu, kata kumpulan hak asasi pendatang Tenaganita. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016.

Diskriminasi, kekurangan visi dan rasuah sebab Putrajaya terus bergelut dengan pekerja asing tanpa izin walaupun program pengampunan 6P selesai dijalankan 2 tahun lalu dan kini, kerajaan mahu memulakan semula satu proses yang sama, kata kumpulan hak asasi pendatang Tenaganita.

Tambahan kepada masalah ini ialah majikan yang tidak bertanggungjawab mengabaikan pekerja mereka apabila tenaga mereka tidak lagi diperlukan, kata pengarah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu Aegile Fernandez.

Ini menambah kepada bilangan pendatang asing tanpa izin yang sedia tinggi, walaupun program 6P yang berakhir pada 2014 berjaya mendaftarkan 521,724 pendatang yang sebelumnya bekerja tanpa permit, katanya.

“Kami terima panggilan setiap hari daripada pekerja asing, mengadu mengenai majikan yang melanggar undang-undang dan menafikan hak pekerja mereka, yang menahan gaji dan dokumen mereka, dan yang mendera mereka.

“Berapa banyak yang kami boleh bantu?” soalnya kepada The Malaysian Insider. Read more

Dasar pekerja asing Malaysia acuh tak acuh

Sumber: The Malaysian Insider

Kesatuan dan kumpulan perdagangan berkata kegagalan yang berlaku sekali lagi dalam perkara pengambilan pekerja asing menunjukkan Putrajaya tiada polisi jangka panjang yang jelas dan konsisten dalam kes seumpama itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016.

Kemelut baru-baru ini mengenai cara Putrajaya mengendalikan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang kononnya akan dibawa masuk ke Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana keberkesanan dan tersusunnya polisi prosedur pengambilan pekerja asing negara ini. Read more

8,418 applications for illegal immigrants rehiring programme

Source: The Borneo Post Online

PUTRAJAYA: The Home Ministry has received 8,418 applications for the illegal immigrants Rehiring Programme for a period of four days from Febuary 15.

Its secretary-general Datuk Seri Alwi Ibrahim said these involved   8,100 applications for Indonesian nationals, Myanmar citizens (178) and other nationalities (140).

He said the implementation of the Rehiring Programme would be continued for illegals from the 15 existing source countries.

“The government wants to encourage employers in the country to use the opportunity to participate in the Rehiring Programme which started from February 15.

“This follows the government’s decision yesterday to suspend recruitment of all foreign workers from all source countries including Bangladesh,” he said in a statement here yesterday. Read more

Kerajaan serius perangi penjenayah siber

Sumber: Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kerajaan tidak akan berkompromi dalam usaha memerangi penjenayah siber yang menyalahgunakan serta mengeksploitasi media sosial dengan tujuan menyebarkan elemen fitnah, hasutan termasuk penghinaan sehingga mampu membawa ancaman kepada keselamatan negara dan masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata, Akta Hasutan 1948, undang-undang di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan digunakan sepenuhnya bagi memastikan mana-mana pihak terlibat dikenakan tindakan. Read more