Kumpulan hak asasi antarabangsa gesa universiti Malaysia henti halang mahasiswa bersuara

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2016/02/22/kumpulan-hak-asasi-antarabangsa-gesa-universiti-malaysia-henti-halang-mahasiswa-bersuara/
SHARE

Sumber: The Malaysian Insider

A group of Universiti Malaya students protesting campus authorities' clampdown on free speech in July 2014. Human Rights Watch Asia says local varsities should encourage debate among students. – The Malaysian Insider file pic, February 22, 2016.

A group of Universiti Malaya students protesting campus authorities’ clampdown on free speech in July 2014. Human Rights Watch Asia says local varsities should encourage debate among students. – The Malaysian Insider file pic, February 22, 2016.

Universiti di Malaysia digesa menghentikan penggunaan tindakan disiplin untuk menghalang mahasiswa bersuara dan mengehadkan perdebatan, kata kumpulan hak asasi berpangkalan di New York Human Rights Watch (HRW) susulan kes 6 pelajar didapati bersalah kerana mengadakan sidang media tanpa kebenaran.

Timbalan Pengarah HRW Asia Phil Robertson berkata, universiti sepatutnya menjadi medan untuk perbincangan terbuka dan perdebatan.

“Pelajar tidak wajar didenda kerana bersuara secara aman di bawah penguatkuasaan disiplin universiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Enam pelajar tersebut itu yang dikenali sebagai UM6, mengadakan sidang media pada Disember lepas membantah rancangan universiti untuk mengenakan kuota Internet dalam kampus.

Sesi pendengaran disiplin menyebabkan mereka diberi amaran pihak universiti.

Robertson berkata, pihak Universiti Malaya (UM) berulang kali menghalang pelajarnya daripada bersuara membabitkan isu kepentingan awam, tidak membenarkan pembesar suara di universiti dan menghalang perhimpunan pelajar.

Beliau berkata, universiti menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dalam kampus secara meluas supaya pelajar patuh kepada undang-undang itu.

AUKU menghalang mahasiswa terlibat dalam aktiviti parti politik dalam kampus atau menyatakan sokongan secara terbuka kepada mana-mana organisasi yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

Robertson berkata, tindakan UM dengan menggunakan alasan tatatertib ini sebaliknya hanya akan memudaratkan universiti tersebut.

Beliau mencadangkan universiti di Malaysia perlu menerima pandangan pelajar dan bukan mengenakan pelbagai sekatan terhadap mereka.

“Universiti di Malaysia perlu meraikan penglibatan sivik pelajar mereka dan bukannya menindas mereka.

“Sekatan dalam AUKU dan undang-undang disiplin bertentangan dengan semangat kebebasan akademik, melanggar prinsip kebebasan bersuara serta berhimpun dan harus dimansuhkan,” katanya.

Ini kali kedua sekumpulan pelajar UM didenda, selepas 8 pelajar yang dikenali sebagai “UM8” didapati bersalah pada Disember 2014 kerana menjemput bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berucap. – 22 Februari, 2016.

 


Global rights group urges Malaysian unis to stop silencing students
Source: The Malaysian Insider

HRWlogoMalaysian universities should stop using disciplinary rules to silence students and restrict debate, New-York based Human Rights Watch (HRW) said in defence of the six Universiti Malaya students who were found guilty of breaching campus regulations for holding a press conference without prior approval.

HRW Asia deputy director Phil Robertson said universities should instead be a place for open discussions and debate.

“Students should not be penalised for peaceful speech under the guise of enforcing school discipline,” he said in a statement today.

The six, dubbed the UM6, held a press conference in December to protest the university’s plan to impose an internet quota on campus.

A disciplinary hearing had let them off with a warning.

Robertson said that UM “repeatedly” sanctioned students for speaking out on matters of public interest, banned speakers from campus, and blocked student assemblies.

He said the university had used the broadly-worded Universities and University Colleges Act (UUCA) and campus rules enacted pursuant to that law.

UUCA prohibits students from being involved in political party activities on campus, or from joining or saying anything that “may reasonably be construed” as expressing support for “any society, organisation, body or group of persons which the Board determines to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the University”.

Robertson said using UUCA’s broad discretion, UM enacted disciplinary rules forbidding students from holding any assembly or circulating any document without prior approval, stopping them from activities the university deems detrimental to the university.

He added that Malaysian universities should be encouraging engagement by their students instead of trying to stop them.

“Malaysian universities should celebrate civic engagement by their students, not repress it.

“The restrictions in the UUCA and the university disciplinary rules are contrary to the spirit of academic freedom, violate principles of free speech and assembly, and should be repealed.”

This was the second time a group of UM students were penalised, after eight students known as “UM8” were found guilty by the university in December 2014 for inviting then opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to speak. – February 22, 2016.

 

Related Articles