Freedom of Speech is not absolute

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2016/03/03/freedom-of-speech-is-not-absolute/
SHARE

Source: The Star Online

Datuk Seri Salleh Said Keruak pointed out that even Western countries have laws to regulate matters concerning ‘slander, defamation, degrading, racism, sexism, and so on.’ — Bernama pic

Datuk Seri Salleh Said Keruak — Bernama pic

PETALING JAYA: Freedom of speech and the expressing of one’s opinion must be treated as a privilege rather than an absolute right, says Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“And privileges, if abused, can sometimes be withdrawn. There is no such thing as absolute freedom of speech,” the Communications and Multimedia Minister said in a blog post on Thursday.

Salleh said that even the West – where the limits of freedom have been pushed beyond “what we in the East can accept and consider as acceptable” – has laws that regulate matters concerning slander, defamation, degrading, racism, sexism, and more.

Advancement and learning is founded upon discourse, but the exchange of ideas and opinions has to be done in a constructive, civil, and mature manner and with decorum and decency.

“Running someone down or the hurling of insults would be the opposite to all this. You would be considered uncouth to not observe proper rules of engagement,” said Salleh.

He added that problems arise when people hide behind freedom of speech and pretend to seek discussion and debate, then disagree for the sake of disagreeing.

As politics is all about perception, the need to win the hearts and minds of the people intensifies as political disagreements escalate, he said.

“And this is when we adopt the Machiavellian doctrine of the end justifying the means by embarking on a campaign of lies and misinformation.

“We cannot claim the moral high ground and say that our cause is virtuous when we are neither noble or virtuous in our methods,” said Salleh.

He concurred with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s recent blog post, that people have a responsibility not to misuse the Internet as it is a shared property owned collectively by all global citizens.

“We must be able to differentiate between truths, half-truths, innuendoes, and lies and not regard everything as opinions that you are free to espouse,” said Salleh.

 

Related Article

 


Salleh Said: Kebebasan suara cuma ‘keistimewaan’, boleh ditarik balik
Sumber: The Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat seseorang itu perlu dianggap sebagai satu keistimewaan dan ia tidak bersifat mutlak.

“Keistimewaan itu, sekiranya disalahgunakan, ia kadang-kadang boleh ditarik balik,” katanya dalam kiriman terbaru dalam blognya, sskeruak.blogspot.com.

Beliau berkata tidak ada perkara seperti hak kebebasan bersuara yang mutlak “walaupun had kebebasan ditolak di negara Barat pada tahap di mana kita di Timur masih boleh menerima dan dipertimbangkan, mereka masih mempunyai undang-undang yang mengawal selia perkara mengenai fitnah, menjatuhkan maruah, perkauman, seksisme dan sebagainya.”

Beliau juga mengeluh bahawa kebebasan bersuara dan luahan pendapat seseorang itu hampir diambil mudah dalam era dunia tanpa sempadan kerana internet.

Salleh berkata adalah diperakui dan diterima bahawa wacana dan pertukaran idea dan pendapat merupakan asas kepada kemajuan dan pembelajaran.

“Tetapi ia perlu dilakukan secara membina, sivil dan matang dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Menjatuhkan maruah seseorang atau melemparkan penghinaan adalah bertentangan dengan semua ini. Anda dianggap tidak senonoh untuk tidak mematuhi peraturan perbincangan yang sepatutnya,” katanya.

Katanya sesuatu masalah tercetus apabila orang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan berpura-pura mereka cuma mahu berbincang dan berdebat dan kemudian tidak bersetuju hanya semata-mata untuk tidak sehaluan.

“Politik adalah mengenai persepsi, maka perang persepsi menjadi semakin hebat untuk memenangi hati dan minda rakyat susulan perbezaan politik meningkat.

“Dan ini adalah apabila kita menerima pakai doktrin Machiavelli yang menghalal cara-cara dengan memulakan kempen pembohongan dan maklumat yang salah,” katanya.

Salleh berkata kita tidak boleh menuntut standard moral yang tinggi dan berkata bahawa perjuangan kita adalah mulia apabila kita bukan berakhlak mulia dalam tindakan kita.

“Internet adalah milik masyarakat…jadi kita perlu bertimbang rasa terhadap pengguna lain apabila melakukan sesuatu. Walaupun kebebasan bersuara mungkin dianggap sebagai satu hak, orang lain juga mempunyai hak untuk tidak menderita akibat penghinaan dan gangguan kerana penyalahgunaan internet,” katanya.

Sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kiriman dalam blognya, katanya internet merupakan harta yang dikongsi dan dimiliki secara kolektif oleh semua masyarakat dunia dan oleh itu kita mempunyai tanggungjawab untuk tidak menyalahgunakannya.

“Kita mesti dapat membezakan antara kebenaran, separuh benar, sindiran dan pembohongan dan tidak menganggap segala-galanya sebagai pendapat yang bebas untuk didukung,” katanya. — Bernama