Bahasa Deklarasi Rakyat berkembang jadi ‘Selamatkan Malaysia’, sasar 1 juta nama

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2016/03/10/bahasa-deklarasi-rakyat-berkembang-jadi-selamatkan-malaysia-sasar-1-juta-nama/
SHARE

Sumber: The Malaysian Outsider

Former Prime Minister, Tun Mahathir Mohamad speaks during press conference at Damansara on March 04, 2016. The Malaysian Insider/Afif Abd Halim.

Kumpulan yang menandatangani Deklarasi Rakyat desak pengunduran perdana menteri kini menubuhkan Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.

Kumpulan yang menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat lalu mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur mencapai kata sepakat malam tadi untuk menubuhkan satu badan yang dinamakan Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salah seorang sumber yang menghadiri mesyuarat itu berkata, pergerakan itu kini menyasarkan sejuta orang untuk menandatangani akuan menuntut peletakan jawatan Najib.

Sumber yang menghadiri mesyuarat malam tadi memberitahu The Malaysian Insider, pergerakan itu juga akan membuka pejabat di peringkat negeri.

Hampir semua 45 penandatangan deklarasi itu menyertai majlis diuruskan pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad itu kecuali Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berada di Sarawak dan Tan Sri Muhyidin Yassin yang kurang sihat.

“Membuatkan gerakan ini berstruktur adalah satu kejayaan besar kerana ia menghimpunkan pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang untuk duduk bersama bagi mencapai tujuan yang sama,” kata sumber yang enggan dikenali itu.

Sumber berkata, pada prinsipnya Tun Dr Mahathir adalah ketua gerakan ini namun ia belum dibincangkan secara rasmi lagi.

“Kami akan bincangkan ini di peringkat sekretariat yang ditubuhkan agar satu Majlis Pimpinan ditubuhkan dengan Tun sebagai pemimpinnya,” katanya.

Pertemuan malam tadi bersetuju memilih Datuk Zaid Ibrahim, Maria Chin Abdullah daripada Bersih dan Datuk Mahfuz Omar sebagai 3 nama awal sekretariat itu dan akan ditambah lagi selepas ini.

Selain Dr Mahathir, turut memberikan pandangan malam tadi ialah Datuk Husam Musa yang melancarkan gerakan Selamatkan Malaysia buat pertama kali di Kulai, Johor.

Antara yang memberikan pandangan dalam majlis pada malam tadi ialah bekas presiden MCA Tun Ling Leong Sik, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Srevanasan, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Adun Batu Burok Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Cynthia Gabriel daripada C4, Abdullah Sani daripada MTUC, Datuk Seri Lajim Okin dan Ahli Parlimen Bukit Katil Samsul Iskandar Mat Akin

Mereka bersetuju akan mengadakan majlis penerangan di semua negeri selain mengumpulkan tandatangan menyokong Deklarasi Selamatkan Malaysia dengan menyasarkan sejuta penandatangan. – 10 Mac, 2016.

 


 

Citizens’ Declaration morphs into ‘Save Malaysia’, targets a million names
Source: The Malaysian Outsider

PAS's Datuk Mahfuz speaks at a meeting yesterday with Tun Dr Mahathir Mohamad and other leaders who signed the Citizens’ Declaration. – The Malaysian Insider pic, March 10, 2016.

PAS’s Datuk Mahfuz speaks at a meeting yesterday with Tun Dr Mahathir Mohamad and other leaders who signed the Citizens’ Declaration. – The Malaysian Insider pic, March 10, 2016.

The group which signed the Citizens’ Declaration last Friday demanding Datuk Seri Najib Razak quit as prime minister has morphed into the “Save Malaysia Movement” to be led by Tun Dr Mahathir Mohamad.

A source who attended a meeting with the former prime minister last night said the movement was targetting a million people to sign the declaration demanding for Najib’s resignation, and planned to set up a permanent secretariat with offices at state level.

The Malaysian Insider understands that nearly all the leaders who inked the declaration were present at the meeting, except for Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu and former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who was not feeling well.

“Getting this movement structured is a huge success because it has brought leaders from different backgrounds to sit together to achieve a common goal,” said the source, who requested anonymity.

“We talked about it at secretariat level so a leadership council can be formed with Tun (Dr Mahathir) at the helm,” he said.

Last Friday, Dr Mahathir led 45 leaders including old political allies and foes to sign a declaration seeking Najib’s removal from power.

Among those present were Selangor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, DAP parliamentary chief Lim Kit Siang, former deputy prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik.

“There is only one thing common among us, we as citizens want to express our worries and concern about what is happening to our country.

“We want to sign the declaration, which includes the removal of Najib as the prime minister,” Dr Mahathir said to a packed press conference in Kuala Lumpur.

“This is not for or against Umno or about joining the opposition. It is not a political movement but a people’s movement,” he added.

At last night’s meeting, it was decided that former de facto law minister and ex-Umno member Datuk Zaid Ibrahim, Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah, and PAS MP Datuk Mahfuz Omar would handle the secretariat for the time being, before more leaders were chosen.

The leaders also agreed that events to explain the movement and to gather signatures for the declaration would be held in various states.

Also present last night to share views were former PAS vice-president Datuk Husam Musa, who initiated the first movement to “save Malaysia” in Kulai, Johor.

Others present at the meeting were former MCA president Tun Dr Ling Liong Sik, DAP parliamentary opposition leader Lim Kit Siang, Batu MP Tian Chua, former Umno secretary-general Tan Sri Sanusi Junid, Terengganu assemblyman Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Bukit Katil MP Samsul Iskandar Mat Akin and Sabah PKR chief Datuk Lajim Okin.

Civil society leaders including former Malaysian Bar president Datuk Ambiga Srevanasan, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) executive director Cynthia Gabriel and Malaysian Trades Union Congress (MTUC) acting president Abdullah Sani Abdul Hamid were also at the meeting, which lasted till 11pm. – March 10, 2016.

graphic_Citizens_Declaration_100316_tmi_heza_english