Kerajaan tiada hak senarai hitam syarikat taja Bersih, kata Maria Chin

Sumber: FMT News

Maria mempertahankan syarikat yang membiayai Bersih atas alasan kebebasan berpersatuan yang perlu dihormati semua pihak. Gambar dipetik dari FMT News.

Maria mempertahankan syarikat yang membiayai Bersih atas alasan kebebasan berpersatuan yang perlu dihormati semua pihak. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, terkejut dengan ancaman kerajaan untuk menyenaraihitamkan penaja Bersih dan menuntut penjelasan atas dasar apa ia diambil..

Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menyelia Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam-Swasta hari ini berkata, syarikat yang ingin mendapatkan kontrak kerajaan akan diteliti sama ada mereka terlibat dalam membantu membiayai Bersih.

Maria berkata ia merupakan satu keputusan yang mengejutkan kerana Bersih, gabungan reformasi pelbagai kumpulan ditubuhkan untuk memerangi rasuah dan tadbir urus yang baik serta pilihan raya bebas dan adil.

“Apa isu beliau dengan Bersih? Adakah anti rasuah, atau pilihan raya yang bersih dan adil? Beliau menakutkan syarikat (dengan mengancam menyenaraihitamkan mereka),” katanya. Read more

Syarikat taja Bersih akan disenaraihitam, kata Rahman Dahlan

Sumber: FMT News

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati menaja perhimpunan haram Bersih, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian susulan artikel yang ditulis Awang Selamat bertajuk “Bersih Diperkasa?” di akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini yang menyarankan syarikat menaja Bersih disenaraihitamkan kerana ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

“Saya ambil maklum dengan saranan Awang Selamat kerana syarikat yang menaja perhimpunan haram Bersih turut mendapat kontrak daripada kerajaan,” katanya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini. Read more