Sindiket bayi: Polis puas hati kerjasama wartawan Al-Jazeera

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2016/11/30/sindiket-bayi-polis-puas-hati-kerjasama-wartawan-al-jazeera/
SHARE

Sumber: FMT News

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memanggil wartawan Al-Jazeera berhubung sebuah program disiarkan yang mendedahkan sindiket penjualan bayi di Malaysia, dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.

Ketua polis negara itu berkata Jabatan Siasatan Jenayah menghubungi seorang wanita tempatan pada hari sama laporan Al-Jazeera itu diterbitkan.

“Kita merakam keterangannya dan beliau memberi kerjasama baik. Kita sedang meneliti maklumat yang diberikannya dan mencari maklumat lanjut.”

Khalid berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat.

Beliau berkata polis akan turut memanggil wartawan lain yang terlibat dengan laporan itu jika ada keperluan.

Khalid bagaimanapun menafikan polis menubuhkan unit khas menyiasat dakwaan mengenai bayi diperdagangkan oleh sindiket di Malaysia, seperti diumumkan Menteri KPWKM Datuk Seri Rohani Abdul Karim semalam.

Beliau menegaskan Malaysia tidak pernah menjadi hab untuk jenayah tersebut, walaupun mengakui ia memang berlaku.

“Ia turut berlaku di negara lain. Kita memang sentiasa menyiasat perkara ini. Takkan kita nak biarkan ia berlaku. Kita tidak bodoh,” katanya lagi.

 

 


IGP: Al Jazeera journalist interviewed over baby-sale report

Source: The Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, Nov 30 ― Police have recorded the statement from a journalist with the Al Jazeera news outlet over a documentary on an alleged baby-selling racket here.

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said that the locally-based journalist was called up after the documentary was aired, adding that she cooperated fully.

“Immediately after the article was out, we had summoned her and we understand why they did the article and she gave us good cooperation,” he told a press conference this morning at the federal police headquarters in Bukit Aman.

Khalid also repeated his denial that Malaysia is a baby-selling hub, adding that the police have been working to fight the activity and bring those involved to justice.

“We will work together with the Women’s Ministry, Health Ministry, to identify those who are involved, if there are any. Like I have said, our actions are continuous. Don’t tell me we are just going to keep quiet and let the baby-selling activity continue,” he added.

A recording of the press conference was made available to Malay Mail Online.

Khalid said that no special police unit would be formed yet to further investigate the matter as there were sufficient departments to handle such cases.

Last Thursday, Al Jazeera screened a documentary claiming of a thriving trade in Malaysia where babies were sold for between US$1,500 (RM6,750) and US$2,500 (RM11,250).

Its undercover reporters claimed that doctors and other government officials could even falsify birth certificates to list adoptive parents as the infants’ biological parents.

However, Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Rohani Abdul Karim told a news conference in Putrajaya yesterday that the sale of babies in the country was not as simple as depicted in the documentary and added that the authorities need to verify the allegations before taking action.