Zunar ikrar terus lukis kartun bongkar rasuah, ketidakadilan

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2016/12/19/zunar-ikrar-terus-lukis-kartun-bongkar-rasuah-ketidakadilan/
SHARE

Sumber: FMT News

Zunar berkata, bakat adalah tanggungjawab yang lebih besar daripada ketakutan dipenjarakan dan kerajaan tidak boleh mengharamkan cara pemikirannya.

zunar

Malaysian award-winning cartoonist, Zunar.

PETALING JAYA: Walaupun takut dipenjarakan, kartunis kontroversi Zunar berikrar akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir dalam usaha membongkar kegiatan rasuah dan ketidakadilan di negara ini.

Beliau berkata, bakat bukan anugerah, sebaliknya ia adalah tanggungjawab yang lebih besar daripada ketakutan.

“Mereka boleh haramkan buku saya, mereka boleh haramkan kartun saya, tetapi anda tidak boleh mengharamkan minda saya. Saya akan terus melukis hingga ke titisan dakwat terakhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkilflee Anwar Ulhaque berkata, beliau kini berdepan 9 pertuduhan di bawah Akta Hasutan, selain pernah ditahan 2 kali di bawah akta sama dengan 7 bukunya diharamkan, 3 kilang percetakan yang mencetak bukunya dan pejabatnya diserbu pihak berkuasa.

Katanya, pengendali laman webnya turut ditahan, selain beliau dilarang keluar negara sejak pertengahan bulan lalu.

Terbaru, beliau bersama 2 pembantu dan 2 peminatnya ditahan ketika menghadiri majlis “Minum Petang Bersama Zunar” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), kira-kira 3 petang Sabtu lalu dan disiasat di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan atas alasan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Beliau terpaksa menanggung kerugian dianggarkan mencecah RM30,000 apabila polis turut merampas lebih 1,000 buku miliknya.

Ini adalah kali kedua beliau ditahan dalam tempoh kurang sebulan.

Pada 26 November lalu, Zunar ditahan di Pulau Pinang kerana menjejaskan keamanan, susulan perbalahan di pameran lukisannya, di mana kira-kira 30 ahli Pemuda Umno Pulau Pinang mendesak karyanya diturunkan.

Mereka mendakwa lukisan Zunar menyinggung perasaan dan memberi gambaran buruk kepada perdana menteri serta pemimpin negara lain.

 

Artikel-artikel Berkenaan