
Aktivis anak-anak muda ini berharap perdana menteri mencontohi sikap Presiden AS Barack Obama menyokong hak mahasiswa berbeza pendapat ketika berhadapan protes di UM. Gambar dipetik dari FMT News.
KUALA LUMPUR: Ketika meletakkan sasaran tinggi melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50), kerajaan tidak boleh lupa untuk mengubah sistem pendidikan yang menekan mahasiswa, kata aktivis Ashraff Nazrin Noor Azman.
Bekas pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UMS) itu salah seorang daripada 14 aktivis anak muda yang berhimpun malam ini di pintu utama Universiti Malaya, tuan rumah kepada acara tertutup TN50 yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam TN50, transformasi pertama seharusnya institusi pendidikan agar mahasiswa boleh menyuarakan pandangan mereka,” kata Ashraf, yang kini bergerak melalui Gerakan Anak Muda Malaysia.
Beliau dan aktivis lain berhimpun sejak 8 malam tadi kerana mahu menyambut kedatangan Najib dengan plakard seperti “Tangkap MO1”. Turut bersama aktivis DAP Young Syefura Othman dan aktivis pelajar UM, Anis Syafiqah Md Yusof. Read more