Jika TPPA gagal, Malaysia teruskan perdagangan bebas

Sumber: FMT News

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keutamaan akan diberikan dalam mengukuhkan integrasi ekonomi dalam Asean dan berusaha memuktamadkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengkaji kemungkinan untuk meneruskan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) 2 hala dengan ahli Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang berkaitan jika TPPA tidak menjadi kenyataan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

FMT News file pic

FMT News file pic

Mustapa berkata negara juga akan memberi keutamaan dalam mengukuhkan integrasi ekonomi dalam Asean dan berusaha untuk memuktamadkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Mustapa, yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia, di Davos, Switzerland dari 17-20 Januari, berkata demikian ketika ditanya mengenai strategi Malaysia jika TPPA tidak menjadi kenyataan pada majlis makan tengah hari perniagaan di sini.

Majlis tersebut dihadiri pelabur antarabangsa yang berpotensi dan sedia ada daripada pelbagai sektor dan negara anjuran bersama Khazanah Nasional Bhd dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Berdasarkan sentimen dasar perlindungan yang meningkat di beberapa negara, menteri itu memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa Malaysia kekal terbuka kepada perniagaan.

“Pelaburan asing memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi kami dan kami akan terus mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi, terutamanya dalam subsektor pemangkin seperti bahan kimia, elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan, selain bidang pertumbuhan lain yang berpotensi tinggi termasuk aeroangkasa, peranti perubatan dan ekonomi digital,” katanya. Read more

Nur Jazlan mahu senarai pesalah seks disegerakan

Sumber: FMT News

JOHOR BAHRU: Malaysia perlu segera mewujudkan senarai pesalah laku seksual serta akta berkaitan bagi mencegah dan melindungi masyarakat daripada serangan jenayah berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia membolehkan masyarakat menyemak senarai tersebut serta berjaga-jaga sekiranya pesalah laku seksual tinggal di kawasan perumahan mereka.

Beliau berkata senarai itu akan diletakkan di bawah tanggungjawab polis kerana keupayaan agensi itu untuk mengawasi dan melakukan siasatan berhubung jenayah tersebut.

“Senarai pesalah laku seksual ini telah diamalkan di negara-negara barat, jadi penyerang seksual akan didaftarkan dan akan disebarkan kepada umum,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyalakan lampu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Tan Hiok Nee di sini, malam tadi. Read more

Activists want Rukunegara included in Federal Constitution

Source: The Malay Mail Online

Chandra Muzaffar. — Picture by Saw Siaw Feng

Chandra Muzaffar. — Picture by Saw Siaw Feng

PETALING JAYA, Jan 21 — A group of seven national activists are pushing for the Rukunegara or National Principles to preface the Federal Constitution on the premise that the move would lead to unity and prosperity that will somehow strengthen the country.

The movement is headed by 1Malaysia Foundation chairman Chandra Muzaffar. The others are: Datin Paduka Marina Mahathir, human rights lawyer Firdaus Husni, Professor Madya Dr Madeline Berma who is director of Universiti Kebangsaan Malaysia’s Tun Fatimah Hashim Women’s Leadership Centre, law professor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Musawah global movement director Zainah Anwar and Professor CT Tan.

“Today, we have all become more divisive and there are greater tendency to take on the antagonist position on various matters in the country.

“Thus, by having the Rukunegara preambled to the Constitution, it would give the law a meaning or rather an ‘added value’ because these principles transcend gender, ethnicity, religion and region,” Chandra told Malay Mail Online in a recent interview. Read more