Hadi’s bill: A violation of the shariah — Nurul Haq Shahrir

Source: FMT News

BY NURUL HAQ SHAHRIR

It is not whether the shariah should be reintroduced or reinforced as statutory law, but rather how can medieval Islamic jurisprudence be adapted to meet the needs of justice in modern societies. — Nurul Haq Shahrir

Nurul Haq Shahrir comments on the RUU355, better known as Hadi's Bill -- Pic taken from FMT News

Nurul Haq Shahrir comments on the RUU355, better known as Hadi’s Bill — Pic taken from FMT News

The two leading Malay-Muslim political parties, PAS and Umno have been competing to be the greater defender of Islam since the early eighties – a necessary stratagem in bolstering the credibility of their Islamic credentials in the eyes of the Malay electorate.

Due to the multi-religious composition of the governing coalition, Barisan Nasional (BN), Umno which is the leading party of Barisan Nasional cultivates its image as the promoter of a moderate, pragmatic form of Islam and contrasts itself against the ostensibly backward, conservative brand of Islam as advocated by PAS whose calls to “Islamise” the laws of the country from as early as the 1980s were emboldened by the recent tabling of the motion to amend the Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965, or what is commonly referred to as Act 355, by PAS president Abdul Hadi Awang in November 2016.

The Malaysian government’s earlier move on May 26, 2016 to expedite for parliamentary deliberation the private member’s bill introduced by Hadi too surprised and unsettled many. The move has been construed by many as a step towards the implementation of Islamic penal code (also referred to as hudud).

Others, in particular the prime minister and his cabinet members have dismissed this reading and clarified that the bill would only augment the sentencing power of the shariah court, which only involves Muslims.

Obviously, one cannot deny that this move has also been interpreted as nothing more than a ruse to boost the political credentials of Umno and PAS in the face of the coming general election.

It would eventually come to nothing. It is all part of the ruling coalition’s political gambit to win the next election. That is totally understandable and politically imperative to do so. Read more

Usul Hadi langgar syariah, kata bekas pakar Jakim

Sumber: FMT News

Nurul Haq Shahrir comments on the RUU355, better known as Hadi's Bill -- Pic taken from FMT News

Nurul Haq Shahrir comments on the RUU355, better known as Hadi’s Bill — Pic taken from FMT News

PETALING JAYA: Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam.

Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355, bertujuan menegakkan syiar Islam.

“Malah, ia bertentangan dengan Islam dan tidak ada kena mengena dengan syariah,” kata pakar fiqh Islam yang juga menguasai bidang perbandingan antara agama.

Hakikatnya, kata Nurul, usul Hadi yang bertujuan membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam bertentangan dengan roh syarak seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam. Read more

Takut dilihat lemah, ahli politik tiada ‘azam’ mansuhkan hukuman mati

Sumber: FMT News

Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen  ― Picture by Yusof Mat Isa

Lawyers for Liberty executive director Eric Paulsen ― Picture by Yusof Mat Isa

PETALING JAYA: Peguam Eric Paulsen bersetuju dengan cadangan agar kerajaan segera memansuhkan hukuman mati.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) itu berkata banyak kajian menunjukkan tiada bukti hukuman mati mengurangkan kadar jenayah.

“Lebih dari 100 negara di dunia ini, majoritinya 70%, telah pun memansuhkan atau tidak lagi menggunakannya.

“Di Malaysia pula saya rasa masalahnya ialah pihak kerajaan, ahli politik tiada azam politik. Sebab kerajaan dan ahli politik mahu dilihat tidak bertolak ansur dengan jenayah.

“Sekiranya mereka katakan hukuman gantung harus dimansuhkan, mereka akan dilihat lemah dalam menangani jenayah yang berat,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. Read more

Polis tahan lelaki dipercayai hina Sultan Johor di Facebook

Sumber: FMT News

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis semalam selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik dan menghasut terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan susulan laporan penyalahgunaan laman media sosial mengandungi kenyataan jelik dan menghasut yang disifatkan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Beliau berkata lelaki itu ditahan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 10.45 malam setelah dipercayai bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor.

“Suspek dipercayai membuat kenyataan itu melalui laman sosial Facebook…polis turut merampas sekeping kad sim dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Read more