Highly suspect new voters in Melaka marginal seats — Bersih Statement

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2017/04/25/highly-suspect-new-voters-in-melaka-marginal-seats-bersih-statement/
SHARE

Statement Dated 25 April 2017

BERSIH 2.0 has discovered an attempt to cheat in the upcoming elections through the ‘transfer’ of voters in the 2016 fourth quarter supplementary electoral roll for Melaka in the marginally won federal constituency of Bukit Katil and one of its state constituencies, Bukit Baru.download

  1. In Bukit Baru, there were a total of 73 new voters registered to two addresses:

    i.                 32 at No. 1, Jalan SJ 1, Taman Saujana Jaya, Bukit Katil (above); and

    ii.                41 at Batu 4½, Kampung Bukit Beruang (no house number given).

  2. In Bachang, another state constituency under the Bukit Katil federal seat, 46 new voters registered their address as Batu 21/2 Solok Musai, without giving any house/building number.

    These figures are significantly higher than the average number of new voters in other areas, giving rise to the likelihood of a deliberate and coordinated effort to influence the likely electoral result for the two affected constituencies that were marginally won in the previous election: the Bukit Baru state seat by only 48 votes (0.2%) and the Bukit Katil federal seat by 5,733 votes (6.6%).

    This is not only happening in Melaka but also in Johor and Selangor, as exposed by state assembly representatives Tan Hong Pin and Ng Suee Lin respectively in February 2017.

How could the Election Commission (EC) allow these dubious registrations through in the first place? A detailed, correct house address is a crucial piece of voter information, alongside the identity card number, that goes towards ensuring a clean electoral roll. A clean roll has been a consistent demand of BERSIH 2.0’s, for which thousands of Malaysians have marched for the first time in 2007 and four times more since then. Why has the EC yet to get its act together on this most fundamental of tasks?

Worse, the EC was reported to have told Tan that there is nothing wrong with voters changing their address without physically transferring to it if the owner of the house allows her or his address to be used so. Is the EC aware that it is violating Article 119(1)(b) of the Federal Constitution, which implies that one must be a resident in order to vote in that constituency?[1]

BERSIH 2.0 urges:

  • Voters and political parties to be more vigilant in checking the next supplementary electoral roll to be displayed (likely in May). As the first line of defence in preventing clearly dubious voters like these from registering in their constituencies, they must submit their objections to the EC.
  • Genuine, qualified citizens to register as voters if they have not done so, to counter the effect of these dubious voters. They have to immediately complain to the EC if they find that they have not yet been registered for the next quarter roll, and be ready to counter frivolous and even malicious objections to their registration, as recently exposed by several new voters.
  • The EC to carry out their work as empowered under Regulation 13(2) of the Elections (Registration of Electors) Regulations 2002 to reject such dubious voters.[2] As the authority entrusted to conduct elections for the people, it is the duty of the EC to stop fraudulent ‘transfers’ of voters, rather than allowing and even excusing them, in violation of the constitution!

BERSIH 2.0 expects more electoral fraud cases to surface as the upcoming general election draws closer. We are thus launching our hotline today to help address this and other election-related problems that voters face.

BERSIH 2.0 hotline (Mon-Fri; 10am-5pm):

WhatsApp Image 2017-04-21 at 16.45.41

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

We must fight back collectively to protect our vote. The BERSIH 2.0 hotline is a call to action against transgressions on our right to free and fair elections.

 

Issued by:

BERSIH 2.0 Steering Committee

 

[1] “Every citizen who is resident in a constituency on such qualifying date or, if not so resident, is an absent voter…is entitled to vote in that constituency in any election…”

[2] “For the purpose of revising the supplementary electoral roll and of satisfying himself as to the qualification of any person for registration or determining whether the name of any person should be entered or retained in the supplementary electoral roll or expunged from the supplementary electoral roll, the Registrar may either make such house to house or other inquiry as he may deem necessary by himself or through any person appointed by him in writing in that behalf or may send a notice requiring information to the person from whom the information is required by ordinary letter addressed to such person or by delivering such notice to him personally or to an adult member of his household.”

**************************************

[BM]

 

KENYATAAN AKHBAR

(25 April 2017)

Pengundi baru yang amat mencurigakan di bahagian pilihan raya yang mencatatkan kemenangan tipis

 

BERSIH 2.0 telah mengesan satu percubaan untuk menipu dalam pilihan raya akan datang melalui ‘pemindahan’ pengundi dalam daftar pemilih tambahan suku keempat tahun 2016 bagi negeri Melaka di bahagian pilihan raya persekutuan Bukit Katil dan satu bahagian pilihan raya negeri di bawahnya, Bukit Baru.

  1. Di Bukit Baru, sejumlah 73 pengundi baru berdaftar di dua alamat:

IMG-20170425-WA0002

  1. seramai 32 di No 1, Jalan SJ 1, Taman Saujana Jaya, Bukit Katil (atas); dan
  2. seramai 41 di Batu 4½, Kampung Bukit Beruang (tiada nombor rumah diberikan).
  3. Di Bachang, satu lagi DUN di bawah bahagian pilihan raya persekutuan Bukit Katil, seramai 46 pengundi baru mendaftarkan alamat mereka sebagai Batu 21/2 Solok Musai, tanpa memberi sebarang nombor rumah/bangunan.

Angka-angka ini jauh lebih tinggi daripada purata bilangan pengundi baru di kawasan lain. Ia menimbulkan kemungkinan wujudnya usaha sengaja dan terselaras untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya bagi kedua-dua bahagian terbabit yang dimenangi dengan tipis pada pilihan raya sebelumnya: DUN Bukit Baru dimenangi dengan hanya 48 undi (0.2%) manakala bahagian pilihan raya persekutuan Bukit Katil pula dengan 5,733 undi (6.6%).

Ini bukan sahaja berlaku di negeri Melaka tetapi juga di Johor dan Selangor, seperti yang didedahkan masing-masing oleh ADUN Tan Hong Pin dan ADUN Ng Suee Lin pada bulan Februari 2017.

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pendaftaran yang mencurigakan sebegini? Alamat rumah yang terperinci dan betul adalah maklumat pengundi yang penting, di samping nombor kad pengenalan, yang dapat memastikan daftar pemilih yang bersih. Daftar pemilih yang bersih ialah permintaan BERSIH 2.0 yang konsisten, yang telah membawa kepada beribu-ribu rakyat Malaysia berarak buat kali pertama pada tahun 2007 dan empat kali lagi sejak itu. Kenapakah SPR tidak dapat menjalankan tugas paling asas ini sampai sekarang?

Lebih teruk lagi, SPR dilaporkan memberitahu Tan bahawa tidak salah sekiranya pengundi mengubah alamat mereka tanpa berpindah rumah dengan izin pemilik rumah tersebut yang membenarkan alamatnya digunakan sedemikian. Adakah SPR sedar ia melanggari Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang mengandaikan bahawa seseorang seharusnya bermastautin di bahagian pilihan raya di mana dia mengundi?[1]

BERSIH 2.0 menggesa:

  • Pengundi-pengundi dan parti politik untuk lebih berhati-hati dalam memeriksa daftar pemilih tambahan yang akan datang yang akan dipaparkan (mungkin pada bulan Mei). Sebagai barisan pertahanan yang pertama dalam menghalang pengundi ragu daripada berdaftar di bahagian pilihan raya mereka, mereka mesti membantah kepada SPR.
  • Rakyat yang layak mengundi untuk mendaftar sebagai pengundi sekiranya mereka belum berbuat demikian kerana dengan mengundi, mereka akan dapat menangani kesan daripada pengundi ragu. Mereka perlu segera membuat aduan kepada SPR sebaik sahaja mendapati nama mereka belum tersenarai dalam daftar pemilih tambahan yang akan datang, dan bersedia untuk menentang bantahan terhadap pendaftaran mereka.
  • SPR untuk menjalankan tugas mereka seperti yang termaktub dalam Peraturan 13(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 untuk menolak pengundi ragu.[2] Sebagai pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menjalankan pilihan raya bagi rakyat, adalah menjadi tugas SPR untuk memberhentikan ‘pemindahan’ pengundi sebegini, yang melanggari perlembagaan!

BERSIH 2.0 menjangkakan lebih banyak kes penipuan pilihan raya akan timbul menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Maka hari ini, kami melancarkan hotline untuk menangani masalah pengundi seperti ini dan yang selainnya yang berkaitan dengan pilihan raya.

BERSIH 2.0 hotline (Isnin-Jumaat; 10 pagi – 5 petang):