Kabinet setuju tubuh RCI siasat kerugian forex BNM

Sumber: FMT News

Hasil laporan pasukan petugas khas yang dibentangkan hari ini mendapati wujudnya kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Kabinet hari ini bersetuju dengan syor pasukan petugas khas (PPK) yang mengesyorkan terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata hasil laporan PPK yang dibentangkan hari ini mendapati wujudnya kes prima facie bagi kerugian BNM akibat dagangan mata wang asing dalam tempoh tersebut.

“Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi di bawah Akta 119.

“Penubuhan RCI ini juga adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan awam di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan rizab negara dapat dipastikan. Read more