Bank Negara tiada kuasa bertindak ke atas 1MDB, kata Zeti

Sumber: FMT News

Bekas gabenor BNM, Zeti Akhtar Aziz berkata, siasatan kes 1MDB adalah tugas paling sukar ketika beliau mengetuai bank pusat itu. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) tiada kuasa mengambil tindakan lanjut, selain mendenda “badan dan institusi kewangan berkaitan” yang melanggar peraturan berkaitan kes 1MDB.

Pengakuan itu dibuat bekas gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dipetik Sin Chew Daily sebagai berkata, mengendalikan kes 1MDB adalah tugas paling sukar ketika beliau mengetuai bank pusat itu.

“Walaupun pihak luar mempunyai jangkaan sangat tinggi terhadap Bank Negara, namun ia tiada kuasa untuk mendakwa.

“Bank Negara mempunyai undang-undang paling komprehensif, termasuk Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk melindungi integriti, kestabilan dan fungsi sistem kewangan sihat.

“Jadi, kami boleh keluarkan surat kompaun pentadbiran kepada badan dan institusi kewangan melanggar peraturan Bank Negara dalam kes 1MDB. Denda yang dikenakan itu mungkin yang tertinggi dalam sejarah,” katanya sambil menjelaskan keseluruhan perkara itu diselesaikan dengan bayaran denda.

Beliau berkata, objektif utama BNM dalam menangani kes 1MDB adalah memastikan integriti sistem kewangan negara. Read more

Pasukan Petugas Khas tiada niat jejas reputasi Bank Negara

Sumber: FMT News

Sidek Hassan yang mengetuai Pasukan Petugas Khas siasat kerugian forex pada 1980-an dan 1990-an mahu menutup isu itu. Gambar dipetik dari FMT News.

KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas (STF) yang dibentuk untuk menyiasat kerugian tukaran asing pada 1980-an dan 1990-an tidak berniat menjejaskan reputasi Bank Negara Malaysia, sebaliknya ia mahu menutup terus isu berkenaan.

“Saya perlu katakan BNM merupakan institusi yang bukan sahaja dihormati di Malaysia, bahkan di peringkat antarabangsa, dan ini sangat positif untuk kita.

“Bukanlah niat pasukan petugas untuk menjejaskannya, malah kami berbangga dengannya (pencapaian Bank Negara Malaysia),” kata bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada temu bual bersama sekumpulan media semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengenai isu itu baru-baru ini yang BNM mengambil langkah perlu dalam memastikan insiden 1980-an dan 1990-an tidak berulang. Read more