Peguam pertikai rasional pecah prosiding kes cerai

Sumber: FMT News

Peguam syarie Nizam Bashir berkata, tindakan mahkamah syariah memecahkan isu-isu yang timbul daripada tuntutan perceraian seperti penjagaan anak dan harta rampasan, sebenarnya menjadikan kes-kes seumpama itu sangat mahal. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Seorang peguam mempersoalkan keperluan bagi mahkamah syariah memecahkan isu-isu timbul daripada kes cerai dengan menjadikan prosiding yang pelbagai – amalan yang menurut bekas hakim syarie, hanya mencetuskan salah tanggapan apabila berhadapan dengan banyak kes.

Kedua-dua mereka mencetuskan kebimbangan itu susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, Selasa lalu bahawa statistik pendaftaran kes setakat suku pertama tahun ini menunjukkan 50% hingga 70% kes dikendalikan Jabatan Bantuan Guaman ialah kes syariah, kebanyakannya ialah tuntutan cerai.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Bantuan Guaman mengkaji semula kelayakan pihak yang memohon menggunakan bantuan mereka agar perkhidmatan hanya diberi kepada golongan memerlukan.

“Bantuan guaman sekarang diberi mengikut kiraan pendapatan. Bagi saya kiraan itu perlu dikaji. Tidak boleh (diberi) kepada orang yang berkemampuan, tetapi tidak mahu guna khidmat peguam swasta kerana kos lebih tinggi,” katanya kelmarin.

Peguam syarie Nizam Bashir berkata, tindakan mahkamah syariah memecahkan isu-isu yang timbul daripada tuntutan perceraian seperti penjagaan anak dan harta rampasan, sebenarnya menjadikan kes-kes seumpama itu sangat mahal. Read more