
Susanna Liew berkata, beliau hanya tahu mengenai penahanan 4 suspek dalam kes suaminya melalui laporan media. Gambar dipetik dari FMT News.
PETALING JAYA: Susanna Liew berharap polis akan menghubunginya untuk mengadakan pertemuan dan memaklumkan perkembangan terkini berhubung kehilangan suaminya, Pastor Raymond Koh lebih 4 bulan lalu.
Liew dalam kenyataan hari ini berkata, beliau hanya tahu mengenai penahanan 4 suspek dalam kes suaminya melalui laporan media.
“Seperti pengumuman sebelumnya yang dibuat IGP (ketua polis negara) kepada media mengenai penculikan suami saya pada 6 April dan 2 Mei, saya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan, petunjuk atau tangkapan polis.
“Seperti rakyat Malaysia lain, semua yang saya tahu adalah apa yang saya baca dalam media,” katanya yang berharap polis akan memberi penjelasan penuh berhubung pengumuman pada 6 April dan 24 Mei lalu.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya kini mempunyai lebih banyak petunjuk berkaitan kehilangan Koh ekoran operasi berkaitan dadah pada awal minggu lalu. Read more