Sempadan baru PRU tidak adil — Bersih 2.0

Facebook
Facebook
Google+
https://hakam.org.my/wp/2018/03/30/sempadan-baru-pru-tidak-adil-bersih-2-0/
SHARE

Sumber: The Malay Mail Online

30 MAC — Pada 28 Mac 2018, parlimen Malaysia telah meluluskan laporan persempadanan semula yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun protes diadakan untuk menarik balik laporan tersebut dari perbicaraan yang belum selesai oleh 107 plaintif yang mewakili lebih daripada 10,000 pengundi terhadap penukaran semula tidak adil oleh SPR.

Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) menyifatkan bahawa parlimen telah menghina dan melanggar prinsip pemisahan kuasa.

Keputusan speaker Tan Sri Pandikar Amin untuk membentangkan laporan tersebut walapun kes mahkamah masih belum selesai adalah melangkaui kuasa autoriti.

Tindakan beliau seolah-olah langsung tidak menghormati badan kehakiman.

Tindakan sivil yang berasingan telah dilakukan oleh ahli parlimen Klang Charles Santiago yang berusaha menghalang pembentangan laporan persempadanan semula yang bermasalah, melalui perintah ex-parte dari mahkamah.

Speaker parlimen sengaja tidak mengendahkan kes ini dan lebih cenderung untuk meneruskan pembentangan laporan tersebut, seperti SPR yang langsung tidak peduli dan tetap dengan proses persempadanan semula.

Lebih teruk lagi, speaker hanya memberikan 10 minit kepada setiap enam orang wakil daripada Barisan Nasional (BN) dan tujuh wakil daripada blok pembangkang untuk membentangkan perbahasan mereka mengenai laporan persempadanan semula.

Masa yang diperuntukkan adalah sangat tidak mencukupi untuk membentang dan membahas berkaitan sempadan pilihan raya yang tidak akan dapat dikaji dalam sekurang-kurangnya lapan tahun akan datang, lebih-lebih lagi disebabkan sebanyak 160,000 orang atau lebih, berpengkalan dalam kumpulan 100 atau lebih, mengemukakan sejumlah 1,685 bantahan bertulis kepada SPR.

Angka-angka itu jelas menunjukkan bahawa pentingnya persempadanan semula difahami oleh puluhan ribu pengundi, yang kebanyakannya mengambil masa bekerja untuk membentangkan bantahan mereka kepada SPR.

Adalah satu perkara yang memalukan negara apabila dua institusi penting kepada demokrasi kita, SPR dan parlimen telah dirampas dan disalahgunakan untuk kepentingan satu pihak.

Serangan pada hak untuk mengundi adalah sesuatu yang tidak seharusnya dibiarkan untuk tidak dicabar.

Percubaan untuk melemahkan kes mahkamah terhadap laporan itu dengan mendakwa bahawa prinsip satu orang satu suara yang dikatakan sebagai langkah oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat, tidak lain hanyalah pembohongan.

Penstrukturan semula yang betul adalah berdasarkan kepada satu orang satu prinsip undi kerana Perlembagaan Persekutuan memerlukan sempadan untuk digantikan semula untuk memastikan bahawa terdapat bilangan pengundi yang hampir sama di dalam setiap kawasan di dalam sesebuah negeri.

SPR telah cuba mencuri pilihan raya daripada rakyat dengan menafikan hak mereka untuk memilih kerajaan akan datang.

SPR telah berbuat demikian secara strategik dengan mengekalkan jumlah kecil kawasan pemilihan yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum yang lalu.

Sempadan baru akan memperluas dan mengekalkan ketidakadilan seterusnya menjadikan empat undi bersamaan dengan satu.

Sebagai contoh, di Selangor, Sabak Bernam (P092) mempunyai 37,126 pengundi sementara Damansara (P106, dahulunya PJ Utara) mempunyai 150,439 pengundi.

Ini hanya satu daripada banyak lagi kemungkinan perbandingan yang menunjukkan pelbagai saiz kawasan yang tidak masuk akal.

Bersih 2.0 percaya bahawa walaupun sempadan ini akan menjejaskan hasil Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), perjuangan masih belum selesai.

Walaupun terdapat cubaan untuk mencuri, merosakkan dan memanipulasi PRU14, Bersih 2.0 akan terus memimpin pergerakan pilihan raya yang bersih dan adil menerusi kempen Keluar Mengundi, Kalahkan Pencuri dan Pemantau, satu inisiatif pemerhatian bebas yang menyeru para pengundi tetap untuk memantau dan melaporkan mengenai penipuan dan kesalahan pilihan raya.

* Tulisan ini asalnya kenyataan media Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.