Bersih 2.0 gesa tubuh RCI siasat penipuan PRU14

Sumber: The Malaysian Insight

BERSIH 2.0 menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes penipuan pilihan raya pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Pemerhati pilihan raya itu berkata, walaupun bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Hashim Abdullah bersara awal, siasatan komprehensif ke atas suruhanjaya lain dalam badan itu juga perlu dilihat.

“Kami menggesa RCI ditubuhkan bagi menyiasat penipuan pilihan raya dan kesalahan yang berlaku ketika PRU14, dan untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh pesuruhjaya dalam menyelesaikan isu ini atau tidak,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

“RCI mesti dilengkapkan dalam tempoh enam bulan dari permulaannya.”

Bersih 2.0 turut menggesa enam lagi pesuruhjaya SPR untuk meletakkan jawatan.

“Bersih 2.0 menuntut enam pesuruhjaya untuk meletakkan jawatan mereka serta merta kerana kegagalan mereka menegakkan, mempertahankan dan melaksanakan hak demokrasi untuk mengundi dan juga mengamalkan pilihan raya, bersih, bebas dan adil,” menurut kenyataan itu. Read more

Sempadan baru PRU tidak adil — Bersih 2.0

Sumber: The Malay Mail Online

30 MAC — Pada 28 Mac 2018, parlimen Malaysia telah meluluskan laporan persempadanan semula yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun protes diadakan untuk menarik balik laporan tersebut dari perbicaraan yang belum selesai oleh 107 plaintif yang mewakili lebih daripada 10,000 pengundi terhadap penukaran semula tidak adil oleh SPR.

Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih 2.0) menyifatkan bahawa parlimen telah menghina dan melanggar prinsip pemisahan kuasa.

Keputusan speaker Tan Sri Pandikar Amin untuk membentangkan laporan tersebut walapun kes mahkamah masih belum selesai adalah melangkaui kuasa autoriti.

Tindakan beliau seolah-olah langsung tidak menghormati badan kehakiman. Read more

Kajian: 30 peratus miskin bandar tidak dapat BR1M

Sumber: The Malay Mail Online

The testimonies highlight the longstanding problem dogging BR1M’s distribution process. — Bernama pic

KUANTAN, 26 Feb — Penduduk Kuantan Mohd Zamri Salleh, 46, ceria menunjukkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima selepas mengeluarkan daripada bank berdekatan hari ini.
Mohd Zamri amat bersyukur dengan bantuan BR1M ini dapat meringankan beban kos perbelanjaan keluarga dan penerima BR1M seluruh negara boleh mengambil bermula hari ini secara berperingkat. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Lebih 30 peratus isi rumah miskin bandar yang berpendapatan kurang RM4,000 terlepas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Demikian menurut kajian agensi kanak-kanak Unicef yang menyatakan penerima mendakwa tidak tahu bantuan itu dan kurang maklumat layak atau tidak.

“Apabila ditanya adakah mereka menerima BR1M, mereka berkata sama ada tidak tahu mengenainya atau mereka tidak tahu bagaimana memohonnya,” kata Muhammed Abdul Khaled, ketua penyelidik DM Analytics.

“Tetapi ada juga kes mereka menerimanya tahun lalu [2016] tetapi tahun ini tidak [dapat lagi].”

Badan perunding ini menjalankan kajian bagi pihak Unicef, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk BR1M tahun lalu.

Muhammed berkata dapatan kajiannya menunjukkan masalah yang dialami dalam  pengagihan projek BR1M, ia tidak sampai kepada sasaran yang diharapkan.

“Kami juga mendapati mereka yang tidak layak menerima BR1M, dapat… Sistem agihan yang cacat menyisihkan individu memerlukan tetapi memasukkan mereka yang tidak layak,” katanya kepada Malay Mail. Read more

Bina sekatan sebagai bantahan masyarakat Orang Asli

Source: BH Online

KOTA BHARU: Masyarakat Orang Asli, hari ini membina sekatan baharu di tiga lokasi kawasan Hutan Simpan Gunung Stong Selatan di Gua Musang sebagai bantahan terhadap aktiviti pembalakan, projek perladangan dan penanaman durian ‘Musang King’ di daerah itu.

Sekatan itu dibina di Cawas, Gua Cha and Pos Gob.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan), Mustapa Along, berkata sekatan itu dibuat sebagai bantahan kepada Kerajaan Negeri yang sejak kebelakangan ini banyak mengeluarkan lesen pembalakan, terutama di Cawas.

Read more

KENYATAAN AKHBAR: Hentikan Kecaman Atas Aktivis,Hapuskan Gejala Seksisme Dan Misoginistik

Oleh: Nurhayyu Zainal, Meja Wanita, Parti Sosialis Malaysia (PSM)

2 FEBRUARI 2018

HENTIKAN KECAMAN ATAS AKTIVIS, HAPUSKAN GEJALA SEKSISME DAN MISOGINISTIK

Sedar atau tidak, golongan politik hari ini bagaikan raksaksa toksik terbentuk dari kesan radiasi sisa buangan oleh satu sistem dikenali sebagai patriarki. Dominasi kaum lelaki selama ribuan tahun meletakkan wanita pada posisi subordinat dengan limitasi terhadap kuasa politik serta proses membuat keputusan (decision making) ini mendorong kepada perbuatan memperlekehkan pandangan wanita selain membuli, fitnah, serangan peribadi, dan perlakuan lucah.

Inilah situasinya bila aktivisme politik hanya setakat menukar baju dari parti pemerintah ke parti pembangkang. Mana2 gabungan politik yang ahli-ahlinya tidak mempunyai ideologi dan prinsip poliitk yang jelas akan berkelakuan seksis dan misoginistik.

Gejala ini dilihat begitu ketara apabila penyokong – penyokong dan propagandis (cybertroopers) pihak pembangkang menggunakan kata kata lucah dan kesat sebagai mod serang balas terhadap seorang aktivis wanita yang dikenali sebagai Maryam Lee berikutan pendiriannya menyokong kempen #UndiRosak yang menjadi fenomena dan perbualan hangat di media sosial.

Sebagai sebuah organisasi yang menolak sistem patriarki, Parti Sosialis Malaysia mengecam sekeras – kerasnya perlakuan serta ancaman berunsur misoginis dan seksis terhadap mana mana individu. Read more

Kes Indira: Mahkamah sivil boleh tafsir isu perundangan Islam

Sumber: Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang mahkamah sivil daripada mentafsir atau menilai isu berkaitan undang-undang Islam.

Dalam penghakiman bertulis kes M Indira Gandhi, lima ahli panel mahkamah persekutuan berkata klausa 1A bawah Seksyen 121 Perlembagaan tidak mengurangkan kuasa mahkamah sivil berkaitan perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Read more

NGO Rohingya gesa PBB siasat cubaan tutup kes kubur di Wang Kelian

Sumber: FMT News

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia berkata, PBB dan badan antarabangsa lain harus menyiasat kenapa pihak berkuasa Malaysia menunggu beberapa bulan untuk mendedahkan penemuan itu. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Rohingya di Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyiasat cubaan menutup penemuan kem penyeksaan dan kubur beramai-ramai milik pendatang asing di Wang Kelian, Perlis, pada 2015.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, PBB dan badan antarabangsa lain harus menyiasat kenapa pihak berkuasa Malaysia menunggu beberapa bulan untuk mendedahkan penemuan itu.

Beliau merujuk laporan New Straits Times (NST) semalam yang mendakwa polis tahu mengenai kubur beramai-ramai di kawasan hutan di sempadan Thailand-Malaysia itu seawal Januari 2015.

Bagaimanapun, sidang media hanya diadakan pada awal Mei tahun itu, di mana ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem haram yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia di sebuah bandar bersempadan dengan Thailand. Read more

Bukti dimusnahkan, fakta diubah dalam tragedi kubur beramai-ramai Perlis, lapor NST

Sumber: FMT News

Gambar kubur Wang Kelian dipetik dari FMT News

PETALING JAYA: Polis bukan sahaja melengahkan pengumuman mengenai penemuan kubur beramai-ramai milik pendatang asing di Wang Kelian, Perlis pada 2015, tetapi juga membersihkan kawasan itu sehingga membinasakan pelbagai bukti jenayah yang menggemparkan dunia itu, lapor New Straits Times (NST) berdasarkan siasatannya.

Akhbar itu berkata ia merupakan antara 2 persoalan yang timbul susulan siasatan 2 tahun termasuk meneliti pelbagai laporan rasmi di samping menemubual saksi yang terlibat secara langsung dengan kes pemerdagangan manusia yang paling besar di Malaysia.

Menurut NST, pelbagai laporan dengan sengaja dicantas, dan hasil temubual dengan pelbagai sumber mendapati banyak perkara disorokkan dalam siasatan rasmi.

Pada awal Mei 2015, ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem haram yang dipercayai digunakan oleh sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, sebuah bandar yang bersempadan dengan Thailand. Read more

Hak untuk tidak beragama juga dijamin perlembagaan, kata bekas hakim

Sumber: FMT News

Bekas hakim dan peguam memberikan pandangan undang-undang mereka berkenaan kenyataan Asyraf Wajdi Dusuki di Parlimen semalam. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama termasuk hak untuk tidak mengamalkan apa-apa agama, kata beberapa pakar undang-undang.

Bagaimanapun, bekas hakim dan peguam yang ditemubual berkata pengecualian dibuat terhadap penganut Islam berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 di mana mereka yang ingin menukar agama daripada Islam ke agama lain mesti mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Perkara 11 menjamin kebebasan beragama termasuk hak untuk tidak mengamalkan apa-apa agama.

“Oleh itu, kerajaan tidak boleh memaksa setiap warganegara menganut mana-mana agama dan arahan itu bercanggah dengan perlembagaan,” katanya.

Sebagai contoh, seorang bukan Islam boleh menolak mengikut mana-mana agama kerana perlembagaan tidak membenarkan paksaan dalam beragama.

“Ia hanya menjamin kebebasan beragama.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kebebasan beragama dalam perlembagaan tidak bermakna bebas daripada mengamalkan apa-apa agama. Read more

Mangsa banjir Kota Belud meningkat 1,729 orang

Source: FMT News

Sebanyak 24 kampung di Kota Belud terjejas banjir manakala 8 jalan raya masih tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air.

KOTA KINABALU: Sebanyak 24 kampung di Kota Belud terjejas banjir manakala 8 jalan raya masih tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana ditenggelami air.

Keadaan tersebut menjadikan bilangan mangsa banjir di 6 pusat pemindahan banjir di Kota Belud setakat 7.45 pagi ini meningkat kepada 1,729 orang berbanding 1,503 malam tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, seramai 272 mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan SMK Agama Tun Said (332), SMK Taun Gusi 1 (365), Dewan Muhibah Tombol (232), SMK Taun Gusi 2 (492) dan Dewan Gopok Taginambur 36 mangsa.

Terdapat mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan SMK Arshad namun jumlahnya masih belum diperolehi.