Ambil Tindakan Segera Untuk Mengelak Kematian Nahas Kebakaran Daripada Berulang — Bar Malaysia

Kenyataan Media

Ambil Tindakan Segera Untuk Mengelak Kematian Nahas Kebakaran Daripada Berulang

Badan Peguam Malaysia (“Bar Malaysia”) ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kebakaran yang membabitkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur yang setakat ini telah meragut 23 nyawa. Bar Malaysia berharap agar ahli-ahli keluarga yang terlibat kekal tabah menghadapi dugaan ini.

Bar Malaysia memandang serius kejadian ini yang dianggap sebagai tragedi kebakaran negara paling buruk untuk tempoh hampir tiga dekad ini. Sesungguhnya, kejadian ini hanya mengingatkan semula rakyat Malaysia kepada tragedi kebakaran yang telah meragut 27 nyawa pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah di Guar Chempedak, Kedah pada tahun 1989. Read more

1MDB: Siasatan jenayah bukti isu serius

Sumber: Sinar Harian

SHAH ALAM – Tindakan Amerika Syarikat (AS) memulakan siasatan jenayah terhadap wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan, isu itu di tahap lebih serius.

Lawyer Syahredzan Johan ― MMO File pic

Peguam dan pakar undang-undang, Syahredzan Johan berkata, berkemungkinan AS  menemui dokumen baharu yang diyakini bukti kukuh untuk dikemukakan di mahkamah jenayah.

“Tindakan ini membuktikan AS serius menangani isu 1MDB. Kalau kita lihat, tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman) AS memfailkan saman sivil sebelum ini juga disifatkan antara tindakan terbesar DOJ dalam isu ini.

“Mungkin mereka mendapat bukti yang dirasakan cukup kukuh untuk dikemukakan di mahkamah jenayah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, siasatan jenayah itu dilihat sebagai satu tindakan lebih serius berbanding saman sivil yang dikenakan atas 1MDB. Read more

Kabinet setuju pinda hukuman mati pengedar dadah

Sumber: FMT News

KUALA LUMPUR: Kabinet sebulat suara bersetuju untuk membenarkan para hakim mengenakan hukuman yang sesuai ke atas pengedar dadah dan bukan hukuman mati melalui satu pindaan kepada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kementerian dan agensi berwajib akan menyediakan satu memorandum untuk persetujuan jemaah menteri.

Beliau berkata kajian ke atas isu itu dijalankan melalui Pusat Pengajian Hukum dan Perundangan Antarabangsa (I-CeLLS) dan dibentangkan ke jemaah menteri pada 1 Mac.

“Kabinet sebulat suara bersetuju untuk meminda Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya. Read more

Tutup kes hasutan buktikan saya di pihak benar, kata Jufazli

Sumber: FMT News

Aktivis muda Jufazli Shi Ahmad berkata beliau dimaklumkan ketua pendakwaraya negeri menutup kesnya hari ini. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Aktivis Jufazli Shi Ahmad berkata keputusan ketua pendakwa raya negeri menutup kes berkaitan dakwaannya terhadap salahlaku dan rasuah dalam kerajaan Sabah menunjukkan beliau di pihak yang benar.

Menurut Jufazli, penutupan kes itu dimaklumkan kepadanya selepas menghubungi polis hari ini.

“Mereka memaklumkan ketua pendakwaraya negeri memutuskan secara rasmi kes saya yang dibuka di bawah kesalahan Akta Hasutan pada 9 November 2016 lepas ‘telah ditutup’,” kata Jufazli dalam kenyataan hari ini.

“Pihak pendakwaan membebaskan saya sepenuhnya dan tiada pendakwaan mahkamah daripada pertuduhan menghasut rakyat melawan kerajaan kerana tiada unsur-unsur jenayah menghasut.” Read more

Moratorium bauksit dilanjut hingga 31 Disember

Sumber: FMT News

An excavator fills a lorry with bauxite at the stockpile area at Kuantan port in this file picture. — Picture by Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama kerajaan Pahang bersetuju melanjutkan tempoh moratorium terhadap perlombongan dan eksport bauksit sehingga 31 Disember tahun ini untuk mengurangkan jumlah bauksit dalam stok simpanan.

Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata beliau berharap lanjutan tempoh itu akan membolehkan bauksit dalam simpanan dikeluarkan secara terkawal berpandukan garis panduan yang ditetapkan kementerian.

Beliau berkata lanjutan moratorium itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi sebagai tindakan terhadap aktiviti perlombongan haram yang dilakukan di tanah persendirian serta oleh syarikat yang tidak mengikut garis panduan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Read more

Tubuhkan badan bebas untuk pendatang lapor polis korup

Source: FMT News

Tenaganita dakwa anggota polis menyasarkan dan memeras wang dari mangsa yang sama sambil mengancam akan menghantar mereka pulang. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menubuhkan badan bebas untuk pendatang asing melaporkan anggota polis korup yang memeras mereka, kata Tenaganita.

Pengarah Aegile Fernandez kata pendatang asing sering menjadi mangsa anggota polis yang melakukan pemeriksaan tidak sah di mana banyak kes membawa kepada pemerasan wang.

“Perlu ada saluran bebas yang jelas untuk mangsa membuat laporan,” kata Fernandez kepada FMT sambil mencadangkan pendatang asing merujuk kepada Suhakam sebagai saluran untuk membuat laporan.

Fernandez mengulas kes 3 polis peronda yang dikenakan tindakan disiplin selepas dimarahi ketua polis negara yang mengesan mereka melangkaui kuasa dengan memeriksa seorang pendatang asing wanita. Read more

Cukai pelancongan ditangguh 1 Ogos, kata Nazri

Sumber: FMT News

PETALING JAYA: Cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos memandangkan sistem terbabit belum siap sepenuhnya, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan yang dipetik Sin Chew Daily berkata, di bawah pelaksanaan dasar baru itu, semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan, tetapi warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pelancongan.

Katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertanggungjawab mengutip cukai baru itu.

“Kami rancang mula kutip cukai ini pada 1 Julai, tetapi sekarang ia belum siap lagi, jadi ia ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

“Sudah tentu ini ialah sasaran kami, sama ada ia boleh dilaksanakan secara lancar bergantung kepada persiapan Jabatan Kastam,” katanya kepada akhbar itu. Read more

Selangor fail injunksi halang inkuiri SPR

Sumber: FMT News

Azmin Ali berkata, laporan SPR tidak berperlembagaan jika Selangor dikecualikan apabila SPR mengemukakan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri untuk kelulusan Dewan Rakyat. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor yang diketuai PKR memfailkan permohonan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan ke-2 ke atas persempadanan semula di Semenanjung sehingga kesnya diputuskan mahkamah.

Ia juga mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk menghalang SPR menyerahkan laporan persempadanan semula kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang di bawah Perlembagaan Persekutuan akan membentangkan keputusan itu di Dewan Rakyat untuk mendapatkan kelulusan.

Peguam, Latheefa Koya berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan akan mendengar permohonan itu pada 5 Julai ini.

“Selangor sebagai entiti Malaya tidak boleh dikecualikan apabila SPR mengemukakan laporannya kepada perdana menteri,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memfailkan 1 afidavit untuk menyokong permohonan yang dikemukakan pada 20 April lalu.

Timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan SPR menerbitkan notis ke-2 untuk melakukan inkuiri ke-2 melanggar Perkara 113 (6) Perlembagaan yang menyatakan perlu ada semakan semula berasingan untuk negeri di Malaya, Sabah dan Sarawak. Read more

Isteri harap polis maklum perkembangan kes Pastor Koh

Sumber: FMT News

Susanna Liew berkata, beliau hanya tahu mengenai penahanan 4 suspek dalam kes suaminya melalui laporan media. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Susanna Liew berharap polis akan menghubunginya untuk mengadakan pertemuan dan memaklumkan perkembangan terkini berhubung kehilangan suaminya, Pastor Raymond Koh lebih 4 bulan lalu.

Liew dalam kenyataan hari ini berkata, beliau hanya tahu mengenai penahanan 4 suspek dalam kes suaminya melalui laporan media.

“Seperti pengumuman sebelumnya yang dibuat IGP (ketua polis negara) kepada media mengenai penculikan suami saya pada 6 April dan 2 Mei, saya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan, petunjuk atau tangkapan polis.

“Seperti rakyat Malaysia lain, semua yang saya tahu adalah apa yang saya baca dalam media,” katanya yang berharap polis akan memberi penjelasan penuh berhubung pengumuman pada 6 April dan 24 Mei lalu.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya kini mempunyai lebih banyak petunjuk berkaitan kehilangan Koh ekoran operasi berkaitan dadah pada awal minggu lalu. Read more

Kawasan hijau Balik Pulau semakin terancam

Sumber: FMT News

GEORGE TOWN: Kawasan hijau di Balik Pulau semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang yang diluluskan kerajaan negeri pimpinan DAP, dakwa Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Katanya sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.

“Ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN), tidak ada kondominium atau banglo mewah di tengah-tengah hutan di Balik Pulau. Kami benarkan pembangunan namun kami laksanakannya berdasarkan pelan struktur dan hanya kawasan tertentu boleh dibangunkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Pulau Pinang bersempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Hilmi yang juga timbalan menteri kesihatan mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw yang mengeluh mengenai perubahan di Pulau Pinang dan kehijauan Balik Pulau yang semakin terhakis, menerusi akaun Facebooknya semalam. Read more