Balu mahu siasatan bebas kematian suami dalam tahanan

 

Komen HAKAM: Setiap kematian dalam tahanan polis semestinya disiasat. Pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menjalankan siasatan sedemikian.

Soalannya, adakah siasatan-siasatan begini mencukupi untuk meraih keadilan bagi pihak-pihak semati dan keluarga mereka? Sedangkan pegawai polis mungkin terbabit dalam kesalahan yang membawa kepada kematian-kematian ini, adakah wajar ataupun mencukupi kalau hanya pihak polis yang diberi kuasa rasmi untuk menyiasat dan menjatuhkan apa-apa kehukuman terhadap anggota mereka yang disabitkan bersalah mengabaikan ataupun melanggari SOP polis ke atas tahanan polis?

Memandangkan kejadian-kejadian kematian dalam tahanan polis masih seringkali berlaku, bukankah wajar pertimbangan yang lebih berat dan mendalam diberi kepada seruan berterusan untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (“Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)“)?

Sumber: FMT News

PETALING JAYA: Balu Thanaseelan Muniandy, yang meninggal dunia dalam tahanan polis bulan lepas, mahu siasatan bebas ke atas kematian suaminya.

Piremilah Sinasamy membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya hari ini, meminta Bukit Aman menyiasat kematian itu.

“Pegawai dari balai polis Bukit Sentosa tidak boleh melakukan siasatan ke atas kematiannya kerana mereka mungkin terbabit,” kata suri rumah itu.

Piremilah mendakwa keluarganya tidak diberitahu mengenai penahanan Thanaseelan sehinggalah selepas kematian. Thanaseelan ditemui mati di balai polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor 25 Februari lalu. Read more