Suaram kecam penahanan semula remaja terlibat kes Balamurugan

Source: FMT News

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata reman lanjutan 2 remaja adalah satu percubaan menutup mulut mereka berkaitan kematian Balamurugan. Pic dari FMT News.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata reman lanjutan 2 remaja adalah satu percubaan menutup mulut mereka berkaitan kematian Balamurugan. Pic dari FMT News.

PETALING JAYA: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas penahanan semula 2 remaja berkaitan kes S Balamurugan, menyifatkan lanjutan penahanan itu sebagai cubaan menutup mulut kemungkinan saksi kematian Balamurugan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata lanjutan reman juga menggambarkan polis sebagai sebuah institusi yang “membenarkan keganasan dalam tahanan dan melindungi orang yang membunuh tahanan”.

Remaja berkenaan, Kanapathy Perathapan dan Ang Kian Kok, kedua-duanya berusia 16 tahun itu ditahan bersama Balamurugan pada 6 Feb. Pada 8 Feb, Balamurugan ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Menurut peguamnya, pada pendengaran reman pada 7 Feb, Balamurugan dalam lemah dan tidak dapat berjalan, mempunyai kesan lebam di mukanya, keluar darah dari hidung dan mulutnya serta muntah darah. Peguamnya berkata Balamurugan diserang polis. Read more