Sebak baca puisi lama, Kassim Ahmad ajak rakyat ‘derhaka’

Sumber: The Malay Mail Online

Dr Kassim Ahmad di mahkamah selepas hakim memutuskan tahanan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ‘tidak sah’, 21 Disember 2015. — Foto oleh Saw Siow Feng

Dr Kassim Ahmad di mahkamah selepas hakim memutuskan tahanan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ‘tidak sah’, 21 Disember 2015. — Foto oleh Saw Siow Feng

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — “Kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka!” dua baris terakhir sajak “Dialog” yang dibacakan penuh emosi oleh Kassim Ahmad.

Meskipun sedikit lemah kerana masalah kesihatan, tokoh intelektual dan sasterawan Melayu itu, kini berusia 83 tahun, agak beremosi ketika membacakan puisi itu, yang ditulis pada 1958.

Pemikir kontroversi yang sering dilabel “anti-hadis”, Kassim mengajak masyarakat terus lantang melawan kepincangan dan tadbir urus negara terutamanya mengenai masalah rasuah.

“Kita kena derhaka, memberontak terhadap kejahatan-kejahatan besar yang berlaku kepada kehidupan kita, di Malaysia dan di dunia.

“Kalau kita tidak bangun, siapa yang akan menyelamatkan kita?” soal Kassim, bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), yang kesal dengan senario politik dan ekonomi negara.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu mendeklamasikan puisi tersebut di depan hampir 50 hadirin di sini dalam diskusi puisi terkenalnya “Sidang Roh” semalam. Read more