Mampukah AEC bawa kemakmuran masyarakat serantau, atau berasaskan keuntungan?

Sumber: The Malaysian Insider

Komuniti Ekonomi Asean pada dasarnya mahu menjadikan rantau ini sebagai satu blok ekonomi tanpa sempadan sama seperti Kesatuan Eropah tetapi tanpa mata wang sendiri dengan frasa rasminya ialah "Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti".

Komuniti Ekonomi Asean pada dasarnya mahu menjadikan rantau ini sebagai satu blok ekonomi tanpa sempadan sama seperti Kesatuan Eropah tetapi tanpa mata wang sendiri dengan frasa rasminya ialah “Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti”.

Jerebu yang terus menerus melanda rantau Asean adalah simbol dan ujian sama ada Komuniti Ekonomi Asean (AEC) mampu melunaskan janji membawa kemakmuran kepada 625 juta rakyatnya.

Contoh jerebu digunakan Jerald Joseph, seorang pemimpin masyarakat sivil Malaysia, ketika bercakap tentang bagaimana perasaan Forum Rakyat Asean (APF) tentang AEC.

Joseph merupakan penganjur bersama sidang kemuncak APF 2015 di Malaysia April lalu, yang dihadiri pertubuhan masyarakat sivil terbesar Asean.

Ia merupakan simbol kerana jerebu adalah produk sampingan daripada apa AEC mahu lakukan tetapi pada skala lebih besar – untuk memberikan kebebasan perniagaan Asean dan kemudahan membuka kedai di mana-mana 10 negara anggota bagi mengambil kesempatan daripada buruh murah dan sumber yang belum diterokai. Read more