Perarakan Hari Wanita Sedunia 2018

Hari Wanita Sedunia poster

Seruan Untuk Menyokong Perarakan Hari Wanita Sedunia 2018

◎10:00am◎Sabtu◎ 10 Mac 2018◎Sogo-Masjid Jamek◎Tuntut Semula Ruang Kita!◎

Salam Solidariti,

Kami dari Jawatankuasa Hari Wanita 2018 akan menganjurkan sebuah perarakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur pada 10 Mac 2018. Perarakan ini dijadualkan bermula pada 10 pagi di perkarangan bangunan Sogo dan berakhir dengan ucapan awam oleh peserta di Tugu Takraw, Masjid Jamek.

Kenapa Perarakan?

Hari Wanita Sedunia menandakan hari yang bersejarah di mana para wanita secara tradisinya telah melancarkan aksi mogok atau turun ke jalan raya untuk berjuang demi hak mereka dan menuntut kesamarataan. Hari wanita tidak boleh dianggap sebagai sekadar untuk memperingati pengorbanan wanita dalam masyarakat. Ia juga merupakan hari yang menjadi simbol kepada perjuangan wanita selama lebih 100 tahun.

Wanita yang telah berjuang sebelum kita telah berjaya memenangkan banyak hak-hak sosial, ekonomi dan politik yang dinikmati oleh wanita di seluruh dunia hari ini. Akan tetapi, golongan wanita masih lagi sedang ditindas teruk, dilihat sebagai memiliki status sosial yang lebih rendah daripada lelaki cisgender dan sedang mengalami ancaman fizikal dan mental setiap hari.

Perkembangan ekonomi dan politik global juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa situasi wanita akan berubah menjadi lebih baik. Sebaliknya, kita sedang menyaksikan pemimpin-pemimpin negara seperti Donald Trump dari Amerika Syarikat, Narendra Modi dari India, Duterte dari Filipina dan ramai lagi yang berkelakuan seksis secara terbuka, mengancam kehidupan wanita dan tidak menghormati kebebasan dan kesaksamaan gender atau seksualiti sesiapa.

Di Malaysia juga, keadaan ekonomi dan sosial yang semakin kucar-kacir sedang mengancam kehidupan wanita tertindas terutamanya dari golongan kelas pekerja dan miskin. Kes-kes keganasan terhadap wanita sedang meningkat mendadak termasuklah gangguan seksual di tempat pengajian dan tempat kerja, dan serangan fizikal atau jenayah berunsur kebencian terhadap individu lesbian, gay, biseksual, transgender, intersex dan queer (LGBTIQ) atau individu-individu berdasarkan ekspresi gender atau penampilan/perwatakan mereka. Di arena politik pula, para wanita dan golongan tertindas tidak mempunyai sebarang pilihan yang membawa aspirasi mereka dengan ikhlas. Para wakil rakyat dan pertubuhan politik arus perdana sedang leka dengan rebutan kuasa dan usaha untuk mengekalkan sistem ini tanpa memberikan jalan keluar kepada jutaan rakyat yang sedang tersepit dengan beban ekonomi dan sosial yang semakin merosot.

Tuntut Semula Ruang Kita !

Kita harus menyedari bahawa selagi kuasa politik dan ekonomi berada dalam kawalan segelintir golongan elit kaya dan tidak tercapai oleh rakyat biasa, selagi itulah penindasan terhadap golongan miskin akan berterusan. Bagi membawa perubahan yang nyata bagi 99% rakyat biasa, kita tidak boleh lagi mempercayai wakil-wakil rakyat yang selesa dalam gelembung palsu mereka dan mula membina gerakan akar umbi yang akan mencabar penguasaan elit dan membuka ruang imaginasi kita untuk membina dunia yang adil dan saksama untuk semua.

Para wanita, komuniti LGBTIQ, aktivis hak asasi, pejuang alam sekitar, kelas pekerja dan semua lapisan tertindas harus berganding bahu dan berjuang bersama-sama menuntut hak kita dan masa depan yang terjamin.

Sambutan Hari Wanita Sedunia merupakan hari perjuangan di mana semua lapisan tertindas wanita dan juga lelaki harus bersatu melaungkan tuntutan dan aspirasi mereka. Kami akan berarak untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai perjuangan kaum tertindas seperti wanita dan pada masa yang sama juga menyeru kepada rakyat untuk menyusunkan diri dan menuntut perubahan yang nyata melalui gerakan massa!

Slogan dan tuntutan Kami:

‘Tuntut Semula Ruang Kita’

Hapuskan diskriminasi gender
Hancurkan budaya rogol dan keganasan seksual
Hentikan kemusnahan alam sekitar
Perjuangkan peluang dan hak gaji sama rata
Tegakkan hak kepimpinan dan demokrasi untuk kita

Kami telah menyediakan beberapa tuntutan umum yang kami merasakan akan menyentuh jutaan wanita dan minoriti gender tertindas. Tetapi, kami juga menyedari bahawa terdapat banyak perjuangan yang memperjuangkan pelbagai tuntutan spesifik. Harapan kami adalah bahawa organisasi yang terlibat dalam perarakan ini akan membawa mesej, sepanduk dan kain rentang yang mengandungi tuntutan dan perjuangan masing-masing. Kami juga ingin menjemput organisasi ini untuk menghantar wakil bagi memberikan ucapan/persembahan/pop-up station pada hari tersebut.

Oleh itu, kami dari Jawatankuasa Hari Wanita ingin menjemput semua organisasi yang membela kaum tertindas, menuntut hak orang miskin dan mempertahankan suara golongan minoriti terpinggir untuk bersama kami dalam perarakan sambutan Hari Wanita yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kami memerlukan sokongan dan solidariti daripada semua yang tertindas tidak kira kaum, agama, latar belakang dan jantina bagi menjayakan perarakan ini.

Jawatankuasa Hari Wanita Sedunia 2018

Launch of Women’s Manifesto

Empower poster

Women’s Manifesto is a document of women’s demands in Malaysia. These demands are researched and coordinated by Empower, in collaboration with women’s rights movements in Malaysia such as JAG (Joint Action Group for Gender Equality) and G-Blog. All the demands are divided to 10 themes. The Manifesto is:
– An opportunity for election candidates to champion women’s agenda
– To inform Malaysians on the state of women’s rights and gender at present
– Demand for change from the government for a better environment for women’s rights.

The launch of the Manifesto will be on International Women’s Day, 8 March 2018, 8pm, at Gerakbudaya. Everyone is welcome.

—-

Manifesto Wanita ialah sebuah dokumen yang menyenaraikan tuntutan wanita Malaysia. Tuntutan in dikaji dan diselaraskan oleh Empower, dengan sokongan dan input oleh pergerakan hak asasi wanita di Malaysia seperti JAG (Joint Action Group for Gender Equality) dan G-Blog. Semua tuntutan ini dibahagikan kepada 10 tema. Manifesto ini berperanan:
– Sebagai sebuah peluang untuk calon pilihanraya, ahli dan parti politik untuk memperjuangkan agenda wanita
– Memaklumkan rakyat Malaysia tentang keadaan hak asasi wanita dan gender pada masa kini
– Menuntut perubahan daripada kerajaan untuk hak asasi wanita yang lebih baik daripada masa sebelumnya

Pelancaran Manifesto Wanita akan diadakan pada Hari Wanita Sedunia, 8 Mac 2018, 8pm, di Gerakbudaya. Semua dijemput hadir.

Do more than promise quotas for women, say activists

Source: The Malaysian Insight

INTERNATIONAL Women’s Day in Malaysia is a mockery if the country’s leadership fails to protect the safety of women, activists said.

They urged whichever party that forms the next government take a firmer stand on violence against women.

They said women who spoke up for human rights were being attacked, while sex education was necessary at all learning institutions to teach youth violence against women was wrong.

Social activist Marina Mahathir said the authorities need to address the culture of violence towards women who fought for women’s rights, especially Muslim women.

“The authorities must change this attitude. Women make up 50% of Malaysians and voters. We do not need things like Year of Women Empowering which is just empty talk  ,” she told The Malaysian Insight. Read more

WAO Invisible Women Exhibition Launch

WAO poster

In conjunction with International Women’s Day, the Women’s Aid Organisation (WAO) is launching their ‘Invisible Women’ art exhibition, which highlights women’s stories of pregnancy and motherhood discrimination in the workplace.

To learn about the campaign, visit www.invisiblewomen.com.my

Programme:

2:00 pm – Registration & Networking

2:30 pm – Welcome address by Meera Samanther, Vice-President of WAO

2:35 pm – Speech by H.E. Vicki Treadell, British High Commissioner to Malaysia

2:45 pm – Speech and officiation by representative from the Ministry of Women, Family and Community Development (TBC)

3:00 pm – Art exhibition concept by WAO and creative partner, Leo Burnett

3:15 pm – Panel discussion on ‘Empowering Women in the Workplace’ followed by Q&A with:

– Representative from the Ministry of Women, Family and Community Development (TBC)
– H.E. Vicki Treadell (British High Commissioner to Malaysia)
– Leader from Yayasan Sime Darby (TBC)
– Yasmin Masidi (Acting Advocacy Manager of WAO)
– Pia Dhaliwal (Copywriter of Leo Burnett)
– Michelle Tan (Had faced workplace discrimination)

4:00 pm – Viewing of art exhibition; Refreshments

Forum “Tuntut Semula Ruang Kita”

Hari Wanita Sedunia PosterIn

Forum “Tuntut Semula Ruang Kita” ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perarakan Hari Wanita Sedunia (Women’s March MY) dengan kerjasama Malaysia Muda.

“Tuntut Semula Ruang Kita” merupakan slogan rasmi Women’s March MY tahun 2018. Hari Wanita Sedunia secara tradisinya, adalah hari di mana wanita turun ke jalanan untuk berjuang ke arah hak asasi dan kesetaraan. Hari Wanita Sedunia merupakan simbol perjuangan wanita selama lebih daripada 100 tahun. Wanita masih dilihat sebagai mempunyai status sosial yang lebih rendah berbanding lelaki cisgender. Wanita masih terdedah dengan keganasan mental dan fizikal setiap hari, akibat daripada status ini.

Forum ini akan membicarakan tentang ruang selamat, dan ruang untuk wanita dan gender lain mengekspresikan diri dan merealisasikan potensi tanpa dibelenggu stigma.

Panelis:
– Wakil daripada Empower, sebuah organisasi hak asasi wanita
– Wakil daripada wanita orang asal
– Wakil daripada Sentro, organisasi hak pekerja migran

Moderator:
– Ain Nasiehah (Malaysia Muda)

Forum ini adalah forum dwibahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)

——

“Tuntut Semula Ruang Kita” forum is organised by the Women’s March Malaysia Committee, in collaboration with Malaysia Muda.

“Tuntut Semula Ruang Kita” or “Reclaim Our Spaces” is the official slogan for Women’s March Malaysia for 2018. Traditionally, International Women’s Day is the day when women go down to the streets and fight for rights and equality. International Women’s Day is a symbol of women’s struggles, for more than 100 years. Women are still seen as having a lower social status, compared to cisgender men. Thus, women are still exposed to mental and physical violence every day.

This forum will discuss about safe spaces, and spaces for women and people of other genders to express themselves and realise their potentials, without being bogged down by stigma.

Panelists:
– Representative from Empower, a women’s rights organisation
– Representative from indigenous women
– Representative from Sentro, a migrant workers’ right group

Moderator:
– Ain Nasiehah (Malaysia Muda)

This is a bilingual forum (Malay & English).

Unsung Heroines: Handicraft workshops

UnsungHeroines-2017

The handicraft workshops led by Burmese refugees artisans from Tanma offer to the visitors the opportunity to discover the skills they use and to try their hand at crafting.

The handicrafts are on sale for charity.

—–

Unsung heroines is a charity event, built on talks, concerts, art exhibition and handicraft workshops.
Unsung heroines is a cross cultural platform to shed light on women’s achievement in Malaysia.

Unsung Heroines Seminar – The role of women in Malaysian society in 2017

UnsungHeroines-2017

The seminar including talks and debates is organised to raise the public awareness on the causes defended by Tenaganita and Tanma. A screening about the seminar’s content presents a different point of view on the talked subjects and opens new ways to think about them.

—–

Unsung heroines is a charity event, built on talks, concerts, art exhibition and handicraft workshops.
Unsung heroines is a cross cultural platform to shed light on women’s achievement in Malaysia.

Unsung heroines bazaar

UnsungHeroines-2017

The market allows local women entrepreneurs like refugees to expose their products and to develop the fair trade market and the respect of the environment. It will shed light on the skills and the handicrafts of this women fighting for their autonomy with an ethical mind.

—–

Unsung heroines is a charity event, built on talks, concerts, art exhibition and handicraft workshops.
Unsung heroines is a cross cultural platform to shed light on women’s achievement in Malaysia.

Unsung Heroines: Contemporary art exhibition

UnsungHeroines-2017

The art exhibition presents several Malaysian, Burmese and French women artists from emerging and established backgrounds. The catalog, with detailed notices and guided tours, will present the exhibition to introduce the artists and their artworks.

The artworks are on sale for charity.

—–

Unsung heroines is a charity event, built on talks, concerts, art exhibition and handicraft workshops.
Unsung heroines is a cross cultural platform to shed light on women’s achievement in Malaysia.

A trade union activist now fights to save forests

Source: Star2

Environmental campaigner Margaret Chin at a Sabah river. Photos: The Star

Environmental campaigner Margaret Chin at a Sabah river. Photos: The Star

As the small boat traversed a river through a mangrove forest in the Pitas district of northern Sabah, the villager who was handling the outboard engine hastily pulled a raincoat over his head.

On board the vessel was Margaret Chin and a few friends who wanted to see the massive clearing of the mangrove for a shrimp farm (aquaculture) project. That was about two years ago, but the raincoat incident is etched in her memory.

“I asked him later why he covered his head,” recalled Chin. “He told me that he was afraid of the farm workers, that they would bully him if they knew he was from the area.”

Nearby villagers had been up in arms over the clearing of more than 900ha of mangroves which had been their fishing grounds.

She also remembers the sight of a barge straddling the river. It was used as a temporary bridge to enable tractors and lorries to get from one bank to another.

“It was an added insult to the villagers as the barge blocked their way to the fishing spots and where they collected crabs and shellfish,” Chin added. Read more