G25 gesa kerajaan kaji semula undang-undang Syariah ceroboh kehidupan perbadi

Sumber: The Malaysian Insider

Jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat harus dikaji semula. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 6 Disember, 2015.

Kumpulan pesara kerajaan Melayu G25 menggesa kajian semula dilakukan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam, mengatakan ia menentang tindakan menjadikan dosa peribadi, seperti berkhalwat, satu jenayah.

Dalam usaha mewujudkan satu jawatankuasa konsultatif, kumpulan itu berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat harus dikaji semula.

“Wujud masalah dalam pelaksanaan enakmen kesalahan jenayah syariah… kita perlu melihat kepada perkara ini.

“Kita perlu ahli jawatankuasa konsultatif itu untuk melihat perkara ini, dan di mana mereka sebenarnya melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk mencadangkan dan mungkin memansuhkan, atau meminda, dan juga untuk melihat kepada undang-undang yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat seperti undang-undang khalwat,” kata jurucakapnya Datuk Noor Farida Ariffin. Read more