Tutup kes hasutan buktikan saya di pihak benar, kata Jufazli

Sumber: FMT News

Aktivis muda Jufazli Shi Ahmad berkata beliau dimaklumkan ketua pendakwaraya negeri menutup kesnya hari ini. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Aktivis Jufazli Shi Ahmad berkata keputusan ketua pendakwa raya negeri menutup kes berkaitan dakwaannya terhadap salahlaku dan rasuah dalam kerajaan Sabah menunjukkan beliau di pihak yang benar.

Menurut Jufazli, penutupan kes itu dimaklumkan kepadanya selepas menghubungi polis hari ini.

“Mereka memaklumkan ketua pendakwaraya negeri memutuskan secara rasmi kes saya yang dibuka di bawah kesalahan Akta Hasutan pada 9 November 2016 lepas ‘telah ditutup’,” kata Jufazli dalam kenyataan hari ini.

“Pihak pendakwaan membebaskan saya sepenuhnya dan tiada pendakwaan mahkamah daripada pertuduhan menghasut rakyat melawan kerajaan kerana tiada unsur-unsur jenayah menghasut.” Read more