Sukarelawan misi ‘Food Flotilla For Myanmar’ selamat kembali

Source: Utusan Malaysia

Misi tiba ke tanah air

KETIBAAN para sukarelawan misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Jeti Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang, hari ini. – Pic taken from Utusan Online

KLANG 3 Feb. – Misi kemanusiaan Malaysia Food Flotilla For Myanmar anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) selamat kembali ke tanah air selepas 20 hari menjayakan misi bantuan kepada etnik Rohingya.

Ketibaan Kapal Nautical Aliya yang membawa 230 sukarelawan pada pukul 10 pagi disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Jeti Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang, di sini.

Sepanjang tempoh tersebut, Nautical Aliya yang membawa 2,200 tan bekalan makanan, ubat-ubatan serta pakaian merentasi Laut Andaman untuk ke Myanmar dan Bangladesh. – UTUSAN ONLINE