NGO Rohingya gesa PBB siasat cubaan tutup kes kubur di Wang Kelian

Sumber: FMT News

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia berkata, PBB dan badan antarabangsa lain harus menyiasat kenapa pihak berkuasa Malaysia menunggu beberapa bulan untuk mendedahkan penemuan itu. Gambar dipetik dari FMT News.

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Rohingya di Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyiasat cubaan menutup penemuan kem penyeksaan dan kubur beramai-ramai milik pendatang asing di Wang Kelian, Perlis, pada 2015.

Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, PBB dan badan antarabangsa lain harus menyiasat kenapa pihak berkuasa Malaysia menunggu beberapa bulan untuk mendedahkan penemuan itu.

Beliau merujuk laporan New Straits Times (NST) semalam yang mendakwa polis tahu mengenai kubur beramai-ramai di kawasan hutan di sempadan Thailand-Malaysia itu seawal Januari 2015.

Bagaimanapun, sidang media hanya diadakan pada awal Mei tahun itu, di mana ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem haram yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia di sebuah bandar bersempadan dengan Thailand. Read more