Bersih 2.0 mahu jumpa Pandikar bincang undi tidak percaya

Sumber: The Malaysian Insider

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya berhasrat bertemu speaker Dewan Rakyat bagi berbincang mengenai usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2015.

Kumpulan pembaharuan pilihan raya (Bersih 2.0) berhasrat menemui Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menggesa beliau membenarkan usul undi tidak percaya ke atas perdana menteri dibahas dan pengundian dijalankan.

Bersih hari ini menghantar surat kepada speaker di Parlimen dan memohon satu perjumpaan dengan beliau, susulan kenyataan Pandikar yang mengatakan usul tersebut hanya akan dibincang pada sidang Dewan tahun depan.

“Kami berada di sini untuk menghantar surat kepada Pandikar untuk bertemu beliau dan berbincang mengenai undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Najib Razak.

“Kami mahu pujuk beliau supaya usul ini diluluskan dan untuk ahli Parlimen mengundinya,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di lobi Parlimen selepas mereka menghantar poskad dan surat atas talian kepada wakil rakyat pembangkang pagi ini. Read more